Wednesday, August 4, 2010

CINTA KITA - Shafiuddin Shariff


Ini kawan aku. Shafiuddin shariff. Seorang penulis skrip. Asal guru disebuah sekolah kawasan Felda di Pahang. Tapi jiwanya memberontak untuk jadi seorang penulis. Masa tu dia kawan rapat dengan Wahid Nasir, penulis skrip rtm (terkenal dengan drama Opah) juga asal seorang cikgu. Orang Kelantan tapi mengajar di sekolah rendah Kepong. Aku pun kenal si Shafiuddin ni melalui Mahadi J Mrat dan Letpee Ahmad. Mereka kawan baik masa tu. Sekarang pun mereka masih berkawan. Oleh kerana kami sama-sama freelance, aku agak rapat dengannya. Masa tu dia bujang. Perkenalan aku membawa puka aku mengenal keluarga seperti adik abangnya. Norhishamuddin adiknya bekerja dalam produksyen. Adiknya Syamsul Kamal seorang akauntan. Mereka ni berasal dari Kuala Pilah. Tau-taulah.....insan berjiwa seni. Dalam keluaga, Shafiuddin dipanggil abang Piu. Mereka pernah ada kugiran adik beradik. Shafiuddin bermain guitar rythm. Rupanya mereka ini berdarah muzikalitet (meminjam perkataan Frank Scheburt, komposer lagu-lagu klasik). Dia seusia aku cuma untuk tahun itu, dia yang tua (sulong/abang long) kerana dia lahir pada 1hb. Januari.

Kenapa aku mesti tulis tentangnya? mudah aja. Dia antara penulis yang tahu projek aku Cinta Kita. Dia penulis skrip yang baca naskah itu dan memberi komen serta menyalurkan idea. Dengan naskah ditangan, kami kerap bertukar pendapat. Dia seperti aku jugak, percaya bahawa screenplay itu ialah cerita bergambar. Jadi tak payahlah dalam skrip watak nak berdialog banyak-banyak. Biar gambar bercerita katanya.

"Mal......kalau skrip kita kaya dengan dialog, kita akan miskin dengan gambar. Kalau skrip kita miskin gambar, pasti kaya dengan dialog-dialog. Dah tentu dialog membazir dan un-economical."
katanya dan aku sambut dengan ketawa terbahak-bahak. Dua buah skrip Shafiuddin yang aku suka ialah ORANG BARU dan KEMARAU. Tapi sayang sutradara gagal mengangkat naskah itu
dengan sewajarnya.

Dia suka skrip Cinta Kita kerana kurang dialog, lebih pada gambar.

Berkawan dengan dia aku sempat mengarah 3 buah skrip hasil tulisannnya. MALAM HIKMAH (terbitan B&E), TUHAN SAYANG PADA MU (Production 11) dan BINTANG CILIK (Seni 2020). Dia banyak menulis skrip drama tv dan di komisyen juga menulis beberapa skrip untuk filem. Selebihnya dia mengolah, menyunting skrip untuk meneruskan hidup. Hanya selepas dia dapat tawaran bekerja dengan Astro, Tayangan Unggul, dia boleh bernafas dan hidup mewah. Syukur kawan aku ni dah senang. Yang menariknya Shafiuddin tak pernah lupa kawan. Kalau dulu main warung, sekarang main coffee house. Pun dia tidak pernah membangga diri.

Hari ini dia seperti yang dulunya jugak. Menulis, menulis dan menulis. Skrip, skrip dan skrip seperti kata Alfred Hitchock, itulah adalah kekuatan sesebuah filem.

Tuesday, August 3, 2010

CINTA KITA - Ariffin C Neor


Inilah orangnya yang membuatkan aku terus yakin untuk menjadi seorang sutradara. Sebulan bersamanya jadi peserta kursus pengarahan anjuran Finas, pelbagai ilmu yang aku dapat darinya. Mas Ariffin mengajar kami tentang pendekatan ilmu saikologi, sosiologi, antropoligi malah pedagogi terhadap sesuatu karya.

Yang hadhir kursus berbayar rm700 itu ialah Mahadi J Murat, Mior Hashim Manap, Anuar Idris, Jins Shamsuddin, arwah Aznif, Normah Nordin, Arief Karmahani dan sorang dua lagi aku tak ingat dah.

Sebelum bertemu beliau, aku lebih kenal Teguh Karya, Wim Umboh, Putu Wijaya, Misbach Misran dan beberapa nama. Namun filem pertama arahannya SUCI SANG PRIMADONA aku tonton, tapi tak ingat atau tak peduli namanya kerana nama pelakun utama Sukarno M. Noor besar ketika itu. Dia bapak kepada pelakon Rano Karno. Aku suka filem Suci Sang Primadona kerana mas Ariffin berjaya membawa aliran teater ke filem.

Kerjaya Ariffin bermula dengan penulisan, puisi dan teater. Dia ni pengikut Sigmund Freud yang memperkenalkan aliran teori saikonalisis. Dia sendiri ada grup teater terkenal bernama Teater Keliling. Satu ketika grup ini datang buat persembahan di Kuala Lumpur dan dapat sambutan hangat kerana persembahan yang fresh. Grup ini pulang ke Indonesia tapi ada sorang pelakon mereka tidak pulang kerana mungkin suka Kuala Lumpur. Akhirnya lama dia disini, dan berkahwin dengan salah sorang pengiat dibidang seni juga. Tak payahlah aku sebuat nama dia. Cute gadis itu. Peranakan mami. Orang Penang - sekapal. Mereka suami isteri yang menjadi kawan aku sampai hari ini.

Ariffin bawa beberapa buah filem arahannya untuk dipertonto. Kami menonton filem besarnya G-30 yang dibiayai oleh Kerajaan Indonesia. Ini cerita tentang pembunuhan 7 orang jenderal yang dihumbankan kedalam lubuk puaka. Cerita benar masa berlakunya krisis antara Malaysia Indonesia. Ariffin pandai bercerita - apa saja yg diceritakannya adalah ilmu dan pengalaman. Samaada seseorang itu faham atau tidak terpulang. Aku tak mis satu hari pun hadhir kursus di Finas. Pernah aku demam, aku suruh Mahadi J Murat ambil aku dan berjanji jangan beritahu sesiapa aku tak sihat. Ariffin juga banyak memperkata tentang skrip yang menjadi asas kepada sesebuah filem. Kami diberitahu tentang pembanggunan sesebuah naskah dari idea, merangka cerita, membina watak, kemahuan watak, konflik, hingglah ke penamat cerita. Ariffin banyak terpengaruh dengan teater. Bersama isterinya Jajang C Neor (gambar atas), mereka berlakon adegan atau mengintepretasi dialog kedalam aksi. Malah mereka juga beraksi dialog-dialog yg kami tulis

Percaya tak..... kami tidak berengang dengan beliau walaupun malam. Kata Arief inilah masanya kami tidak sepatutnya lepas peluang mencuri ilmu yg ada padanya. Ariffin ni pulak rupanya suka makan satay. Jadi kami akan bawa kemana saja untuk dia makan satay. Borak kami tak lepas dari hal filem aja setiap malam kecuali beberapa ketika mungkin dia keletihan atau memberi dia privacy. Akulah jadi orang terakhir yang akan hantar mereka ke hotel di jalan ampang. Sempat lagi kami berbual hal-hal filem dibiliknya. Ada sesuatu yang menghairankan aku, Ariffin tidak tinggal satu bilik dengan isterinya. Jajang menginap dibilik lain sebelah biliknya. Pening jugak aku fikir.

Sebelum aku lupa...rupanya Ariffin suka makan satay kerana dia anak tukang satay di Cerebon, Jawa. Patutlah. Dia nakm cuba rasa sebanyak mungkin satay di Kl ni. Akhirnya dia akur bahawa satay Kajang memang sedap.

Minggu ketiga terakhir kami buat latihan praktikal. Dari skrip pendek yang ditulis, kami kena shoot. Mahadi jadi director, Mior jadi editor, Jins shamsuddin jadi production Manager, yang lain-lain semua ada jawatan masing-masing. Aku pilih jadi crew saja kerana nak relak tak mau bebankan otak fikir yang berat-berat. Sebenarnya masa yang sama, aku lah yang berkesempatan melihat dan memantau kerja-kerja kawan lain dan komen-komen Ariffin. Pandai tak aku...? Kami jemput Shaharuddin Thamby dan sorang pelakon perempuan pegang watak filem pendek kami ini.

Minggu keempat terakhir, Ariffin preview semua karya peserta yang pernah kami buat sama ada filem atau drama televisyen. Anuar Idris, Mior, Mahadi dan lain-lain semua bawa buah tangan mereka. Kami menonton selepas lunch dan menerima komen dari Ariffin hingga ke petang. Semua rakan hairan kenapa Ariffin pilih produk aku terakhir yang dia nak tonton dan komen. Aku lagi hairan hinggalah dia memberitahu "Nanti kita nonton produk Kamal. Kita lihat bagaimana dia membuat sebuah naskah sinitron kayak filem. Kita juga mau tahu berapa bujet produk ini yang sukar didapati dari pembikinan sinetron" Semua tersedar termasuk aku. Baru aku ingat drama yang berjudul CUTI itu aku shoot pakai 16mm dan buat ala ala filem. Hari terakhir drama CUTI pun ditayangkan dan Ariffin pun komen. Apa tak perlu ceritalah apa komen dia - nanti kau orang kata masuk bakul angkat sendiri. Tapi aku boleh cerita the making of CUTI dilain pos kalau kau orang nak tau.

Ariffin pulang meninggalkan seribu kenangan. Kami hadiahkan dia sebuah potret wajahnya.
Hubungan kami tidak putus. Dia kerap talipon rakan-rakan dan aku. Selepas setahun dia datang Kuala Lumpur. Selepas setahun lagi dia bikin filem Taksi yang dibintangi oleh Rano Karno dan Lydia Kandou (eh....Meriam Berlina kot). Cerita simple yang cukup menarik. Filem TAKSI memberi aku idea untuk menulis cerita berjudul LANDASAN seperti mau mencabar ilmu yang pernah dia turunkan pada aku. Banyak juga benda-benda yang dia kasi tahu aku, tidak di kasi tahu pada orang lain.

Selepas 2 tahun lagi, kami dapat tahu dia meninggal dunia. Semuga rohnya dicucuri rahmat Allah. Kami sukar melupakan baktinya terutama aku. Aku tak perlu menangis untuknya. Cukuplah dengan membawa ilmunya untuk aku terus berkarya.

Selepas setahun, aku ketemu jandanya Jajang di Singapore masa aku hadhir Asia Film Week untuk bengkel penulisan skrip (script development). Aku renung matanya dan bertanya.

"Kamu pasti merindui mas Ariffin"

"Ya.....aku merinduinya sungguh-sungguh" balasnya dengan mata yang meredup tapi dia sorang
saja yang tahu kenapa memilih ayat itu untuk membalas pertanyaan aku.

Aku memelok Jajang se erat mungkin. Dia pun.

"Aku merinduinya juga......" pelokan kami aku lepaskan.

Aku tak akan lupa Ariffin yang berkali pesan pada aku.

"Seni itu bermula apabila teknik tidak menjadi masaalah"

Terima kasih mas. Tuhan saja yang membalas kebaikkan mu. Aku terus berkarya dengan slogan itu.









Monday, July 26, 2010

CINTA KITA - Bapak Kamal


Kali ni nak rihat sikit dari menulis dan dari bercerita pasal CINTA KITA. Aku dah janji kan nak bagi tau kau orang semua macam mana dan dari mana boleh dapat nama Bapak Kamal atau kekadang rakan-rakan orang filem panggil aku Bapak saja.

Sebelum tu aku mau kau orang semua tengok foto yang hujung kat atas tu. Dalam foto ada aku ditengah, Badaruddin Hj Azmi jurukamera terkenal disebelah kiri dan Mohd Saufi seorang Gaffer disebelah kanan. Ikut hati aku nak pakai gambar lain yang ada muka Ramli Md Darus, Mail Naka (Emel), Puek, Halim Sabir, Shahriman, Indra Che Muda, Rasul Salim dan Din Letrik. Puas aku cari gambar foto kami beramai-ramai tak jumpa. Mereka ni kawan rapat aku dalam industri zaman itu, malah sampai hari ni pun kami rapat walaupun masing-masing dah ada haluan sendiri serta berkahwin. Dulu kami kerap berkumpul di pejabat production house kepunyaan abang Zainal Othman - Camelite Sdn Bhd., di Taman Permata. Kami semua freelance. Apa-apa job yang Zainal Othman dapat, kami di utamakan. Di Camelite, grup kami pernah buat drama tv berjudul CUTI dan TENGKUJUH yang di shoot dengan 16mm untuk abang Zainal ini. Skrip aku tulis dan mengarah. Hubungan kami begitu akrab. Setiap hari kami bercakap soal filem aja bagaimana untuk mendaya maju kerjaya kami. Badar orangnya gigih dan rajin. Yang lain bersemangat merasakan masa depan kerjaya perfileman cerah. Kami dah lama berada dalam bidang ini sebelum video masuk pasaran. Kami menggunakan arri 35mm dan aton 16mm dan lain-lain.

Oleh kerana aku sedikit berusia dari yang lain dan director pulak tu, mereka anggap aku sebagai ketua tapi unofficial. Aku pun tak mau la dikatakan atau merasa aku ketua. Biar sama serupa.
Tapi apa-apa hal pun mereka akan cari aku dulu atau memberi keutamaan pada aku. Aku suka pada mereka semua. Ingat kami semua freelance. Kais pagi makan pagi.

Nak jadikan cerita. finas ada buat bengkel pengarahan selama sebulan yang dikendalikan oleh sutradara terkenal Indonesia Ariffin C. Neor (gambar diatas. kini telah allahyarham). Aku rasa mau ikut bengkel itu walaupun bayaran nya mahal ketika itu (tak perlu bagi tau). Aku beri tahu rakan-rakan biar aku sorang saja yang masuk bengkel. Tak ngapa, petang nanti mereka semua tunggu aku di gerai mee kuah kaki lima kedai ikan di Taman Permata (tempat kami lepak setiap petang). Apa saja yang aku dapat dari bapak Ariffin ini akan aku cerita pada mereka. Ringkasnya segala ilmu kami harus berkongsi sama. Aku mau apa yang aku tahu diketahui juga oleh mereka.

Menariknya setiap hari bersama bapak Ariffin membuat aku terikut-ikut loghat percakapan telo Indonesianya. Parah!!!! Setiap kali aki bercerita, aku akan bercakap loghat Indon. Apa lagi kalau
aku meniru gaya atau mengejek cara Bapak Ariffin beraksi. Ah....mereka guna kelemahan ini
untuk mempersenda dan perli aku. Bila aku kontrol cakap, mereka pula yang bercakap loghat Indonesia. Keadaan jadi gamat lebih-lebih lagi Halim Sabir suka buat lucu dan menyakat. Kenal Halim Sabir? satu nama besar sebagai pelakun komedi tahun 80han. Pernah membintangi filem BALIK KAMPUNG arahan Zainal Othman. Dia seangkatan dengan Liza Abdullah, Ebby Saiful, Razizm Ismail dan lain-lain. Masa bersama kami dia kurang berlakon tapi bekerja sebagai production manager (pm). Rasul Salim juga suka menyakat aku. Yang lain ikut berseloroh. Mereka mula memanggil aku 'Bapak Kamal' atau 'Bapak'. Hal ini tersebar juga pada rakan-rakan lain ditempat lain. Aku pasrah kerana sedar antara kami hubungan sangat mesra. Kemesraan kami diluar kami bawa juga hingga ke lokasi kerja agar kami tidak bersengketa pada hal-hal yang kecil hingga ke hal-hal yang besar.

Begitulah ceritanya setiap petang berjumpa mereka sekembali dari Finas mengikuti kelas pengarahan Bapak Ariffin C. Neor ini. Setiap hari aku menimba ilmu dan berkongsim pula ilmu dengan rakan -rakan ini. Inilah sekolah filem kami di Taman Permata, gerai mee kuah kaki lima kedai ikan.

Bila hari masuk senja, kami bersurai tapi bukan berpisah kosong. Masing-masing siap dengan ilmu didada untuk mengharungi masa depan. Aku - esoknya akan ke Finas lagi mengadap Bapak Ariffin yang sudah aku angkat sebagai idola aku. Banyak yang aku pelajari darinya. Nanti aku akan cerita pula tentang dia di lain pos. Selepas sebulan Bapak Ariffin disini, pastinya dia akan pulang ke Cirebon. Aku yang tinggal disini harus meneruskan hidup. Rakan-rakan akan memanggil aku 'Bapak Kamal' bermakna besar tanggung jawab aku sebagai bapak demi memartabatkan karya.

Hemmmmmm. . . . . . .




Friday, July 23, 2010

CINTA KITA - Casting




Sebelum kami keluar daerah kuala Lumpur untuk tujuan reccee location, Rosyam mahukan kerja mencari pelakon selain Sofea Jane dicari. Ini termasuklah watak Arman lelaki hero disamping watak Latifah@Tifa@Dino. Borang kasting dikeluarkan. Rosyam menyebarkan berita ini dalam akhbar tempatan. Lalu datang berduyun lelaki perempuan ke pejabat Berjaya. Jailani, Hisham dan Ghani ditugaskan membuat kasting. Yang datang ramai tapi pelakun yang nak dicari tak ramai kerana Cinta Kita ditulis dengan watak yang sedikit walaupun supporting actors kecuali watak extras yang memang banyak dipakai nanti.

Dalam pada itu, muncul juga pelakon yang dikenali datang untuk mencuba nasib menjadi hero. Yang heran, mereka datang tapi tak jumpa aku. Mereka terus masuk bilik Panshah dan borak-borak. Padahal mereka bakal bekerja dengan aku? Mereka datang dan pergi. Semua aku reject. Satu pun tak ada dalam mimpi aku.

"Macam mana satu yang hang nak hero Cinta Kita ni Mal?"

tanya Rosyam kerana dah masu seminggu, hero belum dapat-dapat lagi.

"Susah-susah aku jadi hero lah......." katanya lagi. Aku ketawa berdekah. Aku pandang lama wajah Rosyam yang dah macam adik aku.

"Kau tak boleh berenang..." ringkas aku jawab. Rosyam tersengeh. Aku bukan tak mau Rosyam tapi ada sesuatu yang aku mau dari orang yang pegang watak Arman ini, Aku tetap berahsia dan aku mau Royam mengepalai produksi ini kerana dia sememangnya bagus dan berpengalaman.
Watak-watak lain sudah sedia ada. Mereka datang kepejabat dan diberi taklimat bermacam- macam perkara. Jai melatih mereka dialog dan pergerakan asas.

Satu hari aku datang lewat. Petang. Lintas saja meja Rosyam, dia menegur. "Mal kau tengok
gambar ni?" seraya memberi borang kasting. Aku ambil dan tatap gambar berukuran 4" X 9" itu.

"Sham....ini dia orang yang aku cari. Dia budak mana?"

"Bangsar. Pagi tadi dia mai letak borang dengan foto. Dia kata ada kawan suruh dia mencuba"

"Hang kol dia suruh dia mai lani juga" aku loghat Pulau Pinang bila aku yakin sesuatu.

"Hang gila la......" Itu ayat yang Rosyam selalu guna kalau dia melawak dengan aku tapi dia tau
jerat aku sudah mengena. Lelaki ini akan diambil oleh Kamal Ishak dalam Cinta Kita.

"Baik aku kol dia sekarang" Rosyam lalu mencapai telefon Motorola potongan tongkang yang baling kepala anjing boleh pengsan dan dial nombor Aman Shah bin Raja Baharom. Aku masuk bilik production dan jerit pada Jai inilah orangnya seperti dalam gambar itu.

"Dah agak dah sejak dia mai letak borang dan foto dia pagi tadi" jawab Jai tersengeh.

Aku garuk kepala. Tinggi juga makrifat assistant aku ni. Dia boleh baca mimpi aku.

CINTA KITA - Production Crews



Tak banyak yang boleh aku perkatakan kerana department ini dijaga oleh Rosyam selaku
Production Executive. Selepas Jailani Ghani dilantik jadi penolong pengarah aku, dialah yang bertanggung jawab menjadi jurucakap aku kepada sesiapa saja yang bekerja dibelakang tabir. Itu tugas utama seorang penolong pengarah menjadi jurucakap sutradara. Pengarah tidak perlu bercakap dengan orang lain kerana dia akan menumpukan kerja-kerja yang lebih penting sebagai seorang sutradara. Jailani ni banyak ikut aku jadi assistant drama tv. Asalnya beliau orang teater. Pernah bekerja dengan Mior Hashim Manap di Ogy Production. Aku ingat lagi, selepas dia buat dubbing drama 'Cuti' yang aku shoot dengan Badar pakai 16mm, dia offer dirinya nak ikut jadi assistant. Itulah ceritanya. Jai pandai buat shooting schedule. Apa saja masallah pelakun terutama keluar masuk artis dalam set, mudah ditanggani oleh Jai. Aku sendiri pernah turunkan ilmu dan tips yg baik bagaimana membuat shooting schedule yang baik, tepat dan terarah.

Dengan Rosyam, dia mula merangka mencari kru yang lain. Sudah tentulah yang di utamakan ialah seorang jurukamera merangkap dop (director of photography). Dalam banyak-banyak jurukamera yang aku kenal dan pernah bekerja, aku pilih Jamal Maarif. Kenapa? Aku jawab pada Rosyam yang aku mahu seseorang yang mempunyai sama pemikiran dalam memilih lense (lensa kamera). Aku cukup memberi perhatian terhadap kepentingan lensa dalam memilih angle (sudut) dan shot. Shot saja tidak effectif kalau tidak dipadankan dengan angle yang betul-betul menepati kehendak watak begitu juga dialog. Study dialog watak, mood dan kehendak baru cipta shot untuknya. Namun semua ini harus di adun dengan pemilihan lense yang tepat. Ini rahsia kerja aku. Aku mahu bila shot-shot aku di edit (sunting) nanti, ia menjadi kemas tidak berjalan macam orang cacat (maaf pada orang cacat. sebagai contoh saja). Jamal setuju dan seronok dapat tawaran bekerja dengan aku. Kami pun sememangnya kawan lama. Kru yang lain dibawah Jamal dipilih oleh Jamal sendiri kemudianya.

Puas juga mencari Art Director masa tu yang tak ramai terutama dalam filem. Props Man ramai.
Apabila Ramli Md Darus datang mahu buat props, aku terus tawar dia jadi art director.
Terkejut dia. Aku kenal Ramli bukan baru. Dia ni suka buat effect, memang terkenal buat bom dan kesan-kesan tembakan. Ramli memang suka buat kerja-kerja yang orang lain tak sanggup buat. Dalam Cinta Kita, aku nak Ramli explore ideanya lebih luas lagi. Ramli pula melantik beberapa orang dibawahnya sebagai props man dan juru tukang.

Ramai kru yang aku tak ingat nama mereka kerana ramai. Rosyam sendiri ada 3 pembantu produksi iaitu Nurhisham Md Isa, Lobai Gomok dan Ghani Martopo. Rosli atau panggilan mesra nya Janggut bertindak jadi chief props man. Dia banyak ikut Z. Lokman tetapi selepas ikut aku buat drama Korban dia terus ikut. Dia seorang yang rajin. Kru lain ialah juru solek, pemandu lori, tukang buat air, gadis konti, runner dan banyak lagi.

Akhirnya kami semua dihimpunkan di pejabat Berjaya. Aku ceritakan mimpi-mimpi aku untuk jadikan naskah Cinta Kita ini realiti. Mereka semua faham dan tak sabar memulakan kerja.

Tuesday, July 13, 2010

CINTA KITA - Bertemu Sofea Jane



Bertemu dengan Sofea Jane lima hari selepas perbincangan pre-pro dengan Rosyam Nor menjanjikan sesuatu yang menarik. Rupanya Sofea sangat suka skrip itu. Setelah penat lelah dia dibebankan dengan watak Zaleha dalam filem U-Wei, dia merasakan ini adalah filem yang di sukai, menarik temanya, ploting yang menjurus dan cerita ringan anak-anak muda. Itu katanya sebaik saja dia melangkah masuk ke pejabat Berjaya Filem di Jalan Brickfield. Petang itu Sofea kelihatan simple tanpa make up tetapi anak kacukan mat salleh ini tetap cantik. Aku renung wajahnya dalam-dalam. Sejenak aku berfikir apakah betul cerita yang aku tulis ini cerita ringan?

Aku tanya Sofia kali kedua. "Kenapa u terima watak ini?" sedikit tegas.

"Very simple la bapak..." jawabnya pantas membahasakan diri aku dengan panggilan bapak.
Ah sudah. Ini tentu Rosyam punya hal. Saing-siang lagi dia sudah ceritakan latar belakang aku
pada Sofea. Apa pun nanti aku ceritakan dilain pos kenapa sesetengah warga filem memanggil aku bapak.

"Jalan cerita ini simple, tak macam watak Zaleha. So Sofea terima job ini pertama kerana bayaran, kedua kerana cerita ini ringan membuatkan Sofea rasa bekerja sambil taking a holiday"

Aku tak pernah aspect jawapannya begitu. Cinta Kita bukan filem mudah buat aku. Tidak pernah aku tulis cerita ringan selama ini. Cek semula skrip aku sama ada Cuti, Tengkujuh, Setitis Rindu Buat Wardah (adaptasi novelet), Landasan, Korban, Terasing, Jangan Hentikan Hujan Itu, Ombak Itu dan terakhir Pak Gad - semuanya cerita berat. Aku tidak ada masa untuk main main dengan khalayak Melayu yang bernama penonton. Melayu terlalu alpa tentang hidup. Seronok suka ketawa dan dan menggoda. Dalam karya aku - aku tak akan biarkan mereka hanyut kerana aku sayang bangsa aku.

O....baru aku sedar. Mungkin di Malaysia sudah menjadi satu trend pemikiran bahawa kalau filem itu ada sangkut paut dengan 'Cinta' bermakna filem itu ringan. Filem anak muda. Filem komersial selayaknya dipanggil.

Aku pasang niat. Nanti la Sofea, hari pertama shooting pada adegan pertama aku akan pastikan Sofea tidak akan merasakan yang Cinta Kita bukan filem ringan.

Seterusnya kami berbual mengenai watak Latifah yang akan dihidupkan oleh Sofea Jane kemudian menjadi Dino seorang tomboy. Sofea bijak orangnya. Cepat memahami mimpi-mimpi aku menjurus kearah katartis cerita.

Apabila aku mengatakan yang Latifah akan potong rambutnya depan kamera, Sofea sedikit goyang.

"Pakai rambut palsu la bapak....?" wajahnya berubah.

"Ingat, good actor always gives a total surrender to a director" aku cuba mematikan persoalannya. Sofea diam angguk-angguk kecil. Aku beritahu Sofea yang seluruh gambaran cerita ini sudah ada didalam kepala aku. Lama sudah aku simpan. 1995 adalah tahun aku merealisasikan mimpi aku. Cuma aku tidak bayangkan siapakah aktor yang bertuah yang akan
membawa watak Latifah/Dino itu. Rupanya Sofea Jane, aktress yang pernah berlakun bermula dengan filem Mira Edora, Kekasih Awal Dan Akhir, Harry Boy, Perempuan, Isteri dan Jalang, Suratan Kasih, Jimi Asmara dan beberapa lagi.

Namun Sofea Jane yang sedang berada didepan mata aku ni telah memberi aku semangat dalaman bahawa aku kena buat filem ini sebaik mungkin tanpa menoleh belakang lagi. Keyakinan aku berkobar kerana adanya Sofea Jane. Kehebatannya akan menampal seluruh keupayaan aku sebagai sutradara. Pengalaman aku pula akan menyusuk kedalam jiwa Latifah dan Dino. Aku tidak nampak lagi wajah Sofea kecuali gerak mimik Latifah dan Dino di sanubari nya.

Aku juga beritahu Sofea akan ada beberapa adegan ranjang dalam filem ini. Sofea ketawa.

"Do it bapak. Its ok with me." katanya penuh yakin. Aku sendiri yakin kerana dia menjawab dalam bahasa Inggeris. Kalau dalam bahasa Melayu mungkin tidak walaupun adegan yang bakal dibuat itu siang-siang lagi aku sudah tahu akan menjadi mangsa LPF.

"Dont you worry bapak. Buat dulu. Tapi i want to ask you one thing..? Siapa yang pegang watak Arman Ishak?

Aku bagi tahu Sofea, pastinya orang baru. The new look. The look of 90's.























Monday, July 12, 2010

CINTA KITA - Aku, Panshah dan Rosyam Nor



Dalam bilik pejabat Panshah sepi. Yang boleh didengar ialah suara Ramasamy atau panggilan Uncle Sam akauntan Berjaya yang sedang berbual dengan Rajan, kerani yang dah lama kerja disitu. Panshah membelek helai demi helai muka surat skrip itu. Dia fasih membaca bahasa Melayu. Pertuturannya juga lancar kalau dia berbahasa Melayu. Dia berasal dari Kluang, Johor. Panshah tidak berkata sepatah haram pun. Begitulah style nya kalau sedang membaca. Rosyam juga begitu. Khusyuk dia menumpukan bacaan walaupun sesekali nampak riak senyumnya. Aku tau Rosyam boleh baca isi hati aku
tatkala menulis cerita itu. Kepala aku ni blues juga. Rosyam pun sama. Rosyam tak berani nak tanya apa-apa kerana didepannya ada boss dia yang kalau dia bercakap dengan Panshah dia memanggil dengan nama 'sir'. Kalau nak tau, Rosyam begitu hormat pada Panshah sejak bekerja di syarikat itu dan Panshah sendiri sayang pada dia dan isteri Rosyam bernama Runi. Aku tengok Panshah angguk-angguk kepala. Saspen jugak aku dibuatnya tapi kata hati aku - mereka berdua sedang suka skrip aku ini.

"Cinta Kita the title ha...?" Pansahah memecah kesunyian.

"Kenapa tak letak judul lain Mal...?" Rosyam mencelah.

Aku angkat kening sebelah kanan hingga mata sebelah kiri mengecil. Aku tiru style Roger Moore, hero James Bond yang akana buat begitu kalau dia dalam keadaan skeptikal. Aku tengok Roger Moore hero British ini masa dia berlakun siri The Saint sebagai perisik Simon Temple di tv1 zaman aku sekolah rendah. Masa aku bekerja dengan Jalaludin Hassan (tak ingat drama apa), aku latih Jalal suruh dia angkat keningnya sebelah untuk menguatkan bahasa tubuhnya berbicara dengan opponent characters. Jalal berjaya melakukannya. Rupanya Jalal juga peminat The Sait masa sekolah dulu.

"Kita kerap bercerita tentang cinta orang lain. Kali ini biar kita bercerita pula tentang cinta kita sendiri. Yang aku maksudkan kita itu ialah watak yang aku tulis dalam naskah itu. Rosyam tarik nafas. Aku tak pernah tidak ada jawapan kalau ditanya apa-apa soalan pun.

Panshah selesai baca skrip dan angguk.

"I like it. Cuma ending nanti kita bincang kemudian. Rasa ada idea yang menarik yang saya akan
bagi tau. I just got the idea, tapi kalau you suka la Kamal.." Panshah berkata dengan hati yang terbuka. Panshah ni bukan saja penerbit tapi dia juga pernah mengarah filem Tamil pertama di Malaysia dan beberapa drama tv Tamil. Idea dia harus diambil kira jugak.

"Ok...." balas aku. Rosyam tutup skrip walaupun belum selesai baca sepenuhnya tapi bila aku jeling skrip ditangannya itu rasanya dia sudah membaca permulaan act three (pengakhiran). Sudah tentu dia sudah dapat gambaran yang jelas selepas melalui pengalaman membaca act one (eksposisi) dan act two (pertengahan). Selebihnya Panshah mengeluarkan pendapat dan pengalamannya untuk memperbaiki perjalanan projek ini. Panshah menyentuh soal bujet yang aku rasa selesa untuk bekerja. Terima kasih Panshah mendorong aku yang akan bergelar pengarah filem, film director atau sutradara. Waduh besar tu tanggung jawab aku. Siapa nak kasi wang untuk aku menjadi sutradara. Bapak aku tak dapat memberi wang sebanyak itu untuk aku berkarya. Dari saat itu aku berjanji pada diri aku, pada Tuhan akan melakukan sebaik mungkin kerana aku diberi kepercayaan dan tanggung jawab membuat sebuah filem.

Aku dan Rosyam keluar dari bilik Panshah. Rajan memberi isyarat tanda bagus. Uncle Ramasamy melintasi kami kemudian hilang masuk kebilik Panshah. Kata Rosyam, Panshah akan
berbual mengenai bujet dengan akauntannya ini.

"Petang nanti aku kol Sofea suruh ambil skrip...." kata Rosyam sambil tunjuk telefon bimbitnya jenis Motorola yang berbentuk tongkang, besar. Kalau baling kearah kepala anjing, pasti anjing itu pengsan. "Nanti kalau kau ada, sembang-sembanglah pasal the whole production terutama tentang watak dia. Dia kena potong rambut kan...?"

Aku angguk seperti berani dan bersedia bertemu pelakun yang bernama Sofea Jane.

"Sofea dah ada nama Mal. Dia baru baru saja famous dengan U-wei."

Aku angkat kening seperti pantang dicabar. Baik-baik aku merendah diri, aku jadi angin.
Kali ini aku angkat kening bukan lagi seperti Roger Moore tapi seperti Sean connery, hero pertama filem James Bond, Goldfinger.

"Alahhh kau ingat kau terror sangatlah tu..." Rajan disebelah senyum kerana tahu Rosyam suka sanagt guna ayat itu untuk mengasak lawan. Sebenarnya itu cara Rosyam bergurau, berkelakar dengan aku.

"Selagi aku tak kata 'action' semua watak kaku seperti tak ada nyawa. Selepas aku kata 'cut' mereka akan kaku semula. Itu kelebihan seorang sutradara." Balas aku tegas menggunakan ayat dan makna yang lebih filmic.

"Aku tak heran sikit pun kat Sofea Jane..." Loghat Penang aku pekat kali ini.

Seterusnya kami berdua duduk berbincang production design filem ini. Rosyam yang banyak pengalaman memahami mimpi-mimpi aku. Dia menyalurkan idea dan saranan yang baik untuk menjadikan Cinta Kita dari naskah bertulis ke layar perak.

Saturday, July 10, 2010

CINTA KITA - Seniman Besi


Aku guna mesin taip semasa mengetip baris-baris penceritaan dan dialog skrip Cinta Kita.

Walaupun masa tu kawan-kawan dah pakai komputer, aku tidak. Aku masih percaya mesin ini akan memandu aku menulis cerita yang baik. Setiap ketukan seperti bercakap-cakap dengan aku. Aku dapat merasakan marah, sedih, pilu, ketawa sang watak melalui bunyi ketukan besi type font ke atas kertas. Yang paling menarik font pada mesin taip sejak dari dulu lagi memakai font jenis 'american typewriter'. Sungguh klasik bentuk font itu. Sampai hari ini penulis lakonlayar di Hollywoood kalau menaip wa-imma guna computer - mereka tetap memilih font american typewriter. Mungkin kerana font tersebut dapat memberi gambaran, style dan format sebuah naskah screenplay.

Terima kasih mesin taip. Terima kasih emak yang suruh aku belajar menaip sejak aku di sekolah rendah lagi. Pada aku, mesin taip telah banyak berjasa. Aku akan tetap kenang peranan kau dalam membantu aku berkarya. Kau adalah Seniman Besi.

Friday, July 9, 2010

CINTA KITA - Screenplay Is Picture Telling Story

Aku baca skrip Cinta Kita entah berapa kali dah tak ingat. Aku baca dengan suara yg kuat tapi boleh didengar dalam sekitaran ruang tamu hingga kedapur rumah kami saja. Emak tegor suruh aku baca perlahan. Aku baca arahan cerita dan dialog watak. Kejap aku jadi watak Sofea Jane kalau aku baca part Dino. Kejap aku jadi Aman Shah (nama Aman Graseka masa tu) kalau aku baca part Arman. Emak sudah masak dengan gila aku.

Setiap kali aku ulang baca, ada saja idea baru yang datang. Ada saja konflik, plot, gerak dan perasaan aku tukar ganti. Yang peliknya, bukan aku membaca perasaan watak-watak, tapi Dino dan Aman juga membaca watak dan perasaan aku. Kami berbual, bertukar fikiran hingga terjadi perubahan demi perubahan pada story telling Cinta Kita. Aku tak kisah. Aku dah dapat merasakan yg watak-watak ciptaan aku hidup diatas kertas A4. Tak lama mereka akan hidup pula dilayar perak. Ini lah roh kalau nak tau. Cerita ini sudah berjiwa. Watak akan bergerak hidup apabila ada pelakun yang memainkan peranan mereka. Itulah kelebihan 'wayang gambar'.

Perana dialog juga menarik. Deraf pertama agak banyak juga aku tulis dialog. Tapi setiap kali aku baca dialog ada saja dialog-dialog yang aku sunting dan delete. Emak aku perasan rupanya.
Dia asyik dengar aku membaca dalam bentuk cerita dan sedikit sangat kedengaran dialog.

"Ai. . . . mana pi dialog semua? dulu banyak. Hang cakap, aku cakap. Lani tak dengar dah?"

"Mak..lakonlayar tu maknanya cerita bergambar. Kita sampaikan cerita melalui gambar demi gambar. Shot demi shot. Dalam filem ada fade in fade out, ada cut, ada dissolve, ada high angle shot, ada low angle shot.....semuanya memberi peranan untuk bercerita..." aku terang pada emak tanpa aku peduli sama ada emak faham atau tidak. Ternyata emak aku tak sampai kesitu pemikirannya. Tak ngapa...asalkan skrip ini tercapai cita-cita school of taught aku. Filem mesti bercerita dengan gambar bukan dialog macam skrip drama radio. Namun peranan dialog bukan calang-calang dalam sesebuah filem (aku lebih suka sebut perkataan 'pernceritaan'). Nanti aku cerita pasal dialog dilain pos pulak.

"Nanti filem hang senyap...tak ada cakap-cakap... Orang kata filem bisu." emak seperti tak yakin dengan aku. Mencabar aku.

"Gambar yang Atan cipta nanti akan bercakap dengan sendiri. Akan berinteraksi dengan penonton. Gambar akan meluahkan perasaan wata-watak." balas aku sedikit tegas. Tapi pertanyaan emak tadi membuat aku harus berjaga-jaga setiap shot, picture, visual dan image yang aku cipta harus aku fikir semasak-masaknya sebelum aku buat keputusan memilih angle, lensa dan saiz shot sebelum menjerit 'action'.

Dengan skrip deraf pertama ditangan, aku mula mengetip kembali naskah itu menjadi deraf kedua. Seingat aku naskah Cinta Kita setakat tiga kali deraf saja untuk menjadi final script.

Akhirnya aku tahu skrip ditangan aku ini adalah sebuah naskah yang ceritanya bergambar atau picture telling story.

Friday, July 2, 2010

CINTA KITA - Lakonlayar


Aku beritahu emak yang aku akan berada disini (rumah kami
di Penang) paling lama tujuh hari. Emak sudah dapat menjangka yang aku akan menaip skrip ini dalam masa tiga hari saja. Dia tau
aku menaip pantas. Tak sia-sia dia menyuruh aku belajar menaip
dulu. Dia mahu aku bekerja sebagai kerani kerana kerani tak ada kerja lain kecuali menaip. Rupa-rupanya aku menaip lain; lakonlayar.

"Skrip ni tajuk ape Atan........?" tanya emak aku yang memanggil nama timang-timangan aku Atan. Maklomlah aku anak sorang mereka. Abang aku mati lepas beberapa hari lahir di dunia. emak dan ba sempat beri nama dia Yaakob mengambil sempena nama Nabi Yaakob sebab nama bapak aku Ishak. Tapi kenapa emak namakan aku Kamal. Kata emak perkataan Kamal tu salah satu sifat insan yang dituntut baiknya. Sifat Jalal. Sifat Kamilmukamil: sifat kesempurnaan . Apa pun diberi nama aku Kamal bin Ishak yang sudah dijanjikan Allah. Sihat sakit, kaya miskin, hidup mati semuanya sudah dijanjikan Allah.

"Atan bubuh tajuk filem ini Cinta Kita la mak...." jawab aku.
Emak akulah yang jadi insan pertama yang aku bagi tahu tajuk filem ini. Niat aku tercapai akhirnya kerana aku mahu dia jadi orang pertama tahu judul filem ini.

Kerja menaip pun bermula. Dari adegan satu, ke adegan dua dan seterusnya. Aku pastikan
cerita aku bergerak atas landasan three act play. Ini adalah asas untuk mengawal penceritaan. The art of telling story. Cerita mesti ada permulaan (act 1), pertengahan (act 2) dan pengakhiran (act 3). Aku juga mengawal penceritaan aku melalui helaian muka surat. 10 muka surat pertama ialah untuk memaparkan cerita dan konflik tema. Jangan terlalu banyak memperkenalkan konflik watak utama. Perkenalkan juga latar dan ilmu alam cerita. Perkenalkan antoganis yang menghalang cita-cita watak untuk mencapai goal nya. Ingat character must have goal. Saat watak mahu mencapai goal itu, sudah tentu dia akan bertembong dengan halangan-halangan tertentu.

Dalam penulisan skrip, masa yang dikira ialah one page is for one munites. Satu muka surat ialah untuk satu minit. Jadi kalau 120 muka surat bermakna durasi filem kita 120 minit iaitu 2 jam masa perjalanan filem. Ini adalah standard durasi taysangan untuk sesebuah filem ditayangkan. Jadi kita hendaklah mahir menyusun cerita pada muka surat (pages) untuk setiap babak. Babak ialah 'act' manakala adegan 'scene' akan berada didalam babak. Saat aku menaip skrip, aku akan pastikan scene by scene berada dalam situasi babak yang tepat dan dikawal oleh helaian kertas yang akhirnya menjadi muka surat demi muka surat. Contohnya apabila aku melihat helaian muka surat 45; aku bertanya apa cerita berkembang atau tidak. Apakah plot menampakkan progressive atau masih still. Kemana arah tujun cerita selepas ini. Sudahkah watak melepasi plot point 1 dengan jayanya. Bagaimana keadaan plot point 2 yang lebih rumit bakal terjadi hingga mencapai klimaks sebelum cerita tamat.

Aku menaip dengan laju tanpa ada halangan kerana aku telah melepasi prosess pemikiran sebelum ini. Aku sudah mengenali watak dan kemahuan serta halangannya. Aku sudah kenal latar cerita, konflik dan krisis. Aku sudah nampak jelas mid point scene. Aku sudah masak dengan dialog-dialog yang bakal watak-watak perbualkan. Maka kerja menaip skrip berjalan dengan lancar. Ada kawan datang melawat aku bila mereka tau aku ada di Penang. Aku layan mereka tanpa sedikit pun kerja-kerja menaip aku menjadi halangan. Malah semasa melayan mereka, banyak idea-idea baru masuk bertukar ganti.

Pagi di tempat aku amat riuh. Di Kepala Simpang Jalan Perak, aku cari nasi kandar. Sedap yang dijual oleh Ariff anak mamak kawan sekolah aku. The best nasi kandar. Dulu masa aku di sekolah rendah, bapaknya yang berniaga. Sekarang turun pada anak dia pula. Cuma harga berbeza. Zaman bapaknya sebungkus nasi kandar boleh dibeli dengan harga 10 sen ke 20 sen. Kalau 50 sen tu, kira makan puas sampai tengahari. Aku kerap beli harga 10 sen sebungkus untuk makan pagi sebelum berjalan kesekolah Menengah Abdullah Munshi. Lepas makan, aku ronda-ronda ke rope walk tempat menjual barang-barang lama antik. Banyak ilham akan kedapatan meronda disitu membelek-belek barang lama. Aku suka mencari buku-buku lama terutama sejarah tanah air dan asia. Piring hitam lama pun ada dijual. Barang curi pun ada dijual. Pendek kata kalau kita kecurian barang dan pergi merayau-rayau ke rope walk, kita akan dapati barang kita sudah dijual disitu.

Akhirnya lakonlayar siap 118 muka surat. Selepas aku mengetip huruf t a m a t aku berasa lega menarik nafas panjang. Syukur alhamdulillah atas nikmat yang dia beri terutama kesihatan yang baik sepanjang kerja-kerja menaip lakonlayar Cinta Kita.

"Jaga baik-baik watak-watak yang hang cipta tu Atan. Depa pun manusia juga." pesan emak.

Aku terharu sampai kesitu emak dapat menyelami harga kemanusiaan.

"Jangan jatuhkan maruah depa. Depa orang Melayu. Hang buat filem Melayu. Tanggung
jawab hang berat pada orang Melayu"

Ah....parah. Siang-siang lagi emak dah berpesan sambil mencabar masa depan kerja aku sebagai sutradara filem. Ini filem pertama aku. Siang-siang lagi mak buat aku goyah untuk berada didalam industri ini. Rupanya dalam diam emak memang suka aku jadi film director macam P. Ramlee. Mentang-mentanglah rumah P.Ramlee belakang rumah kami tapi seberang sungai. Masa muda emak aku pun kenal P. Ramlee sebab bapak aku kawannya.

"Mak...Atan tak mau jadi P. Ramlee. Orang mana pun tak boleh jadi P. Ramlee kecuali depa dok berangan saja. Biar P. Ramlee sorang saja dalam dunia ni. Rasanya tak ada orang yang boleh jadi P. Ramlee. Trofi P. Ramlee banyaklah orang dapat."

"Hang ni cakap suka merepet..."

Dengan skrip draf pertama ditangan aku, aku terbayang wajah Sofea Jane.

Tuesday, June 22, 2010

CINTA KITA - Tagline


CINTA

ITU

APABILA

ANDA

BERTEMU

DAN

MEMBUAT

PILIHAN

YANG

TEPAT

(loves is when you meet the right person you fall in love with. . . . .)

Ini ayat yang aku bayangkan akan menjadi punchline untuk aku tulis pada poster filem itu
nanti. Percaya atau tidak setakat ini aku belum menemui judul filem ini lagi. Bukan aku tak
cari...cari, tapi tak sesuai dengan jiwa. Kenapa tagline itu? kerana aku dapat rasa Latifah bukanlah pasangan sejati untuk Remy. Sebelum dirinya lebih teruk dihumban kedalam kemelut, lebih baik dia dipisahkan seawal mungkin. aku percaya dia akan bertemu dengan cinta yang lebih tepat selepas ini. Tuhan itu amat menyayangi hambanya. Latifah akan menemui lelaki yang lebih baik dari Remy. Aku berpegang kuat pada tagline itu.
Tapi ingat apabila kita ada tagline, dialog itu harus nanti diberi kepada watak terutama watak utama untuk diucapkan demi katartis cerita. percayalah penonton akan puas apabila dialog itu diucapkan terutama oleh pelakun utamanya. Tagline harus selari dengan jalan cerita dari awal hingga ke akhir.

Dengan tagline ini sekali dua imbas aku terbayang bayang wajah poster filem yang belum berjudul ini. Rosyam kerap juga bertanya "Mal, apa judul filem kau ni? nanti reporter tanya senang aku jawab....." Aku senyum macam aku dah ada judul tapi sengaja nak merahsiakan.








Friday, June 18, 2010

CINTA KITA - Konsep

Apabila kita mahu bercerita sesuatu, sudah tentu ada sesuatu mesej yang mahu kita bawa kepada penonton. Lalu story kita mesti ada konsep untuk dipersembahkan. Idea diperkembangkan lagi membentuk satu konsep apakah yang mahu kita capai bersama-sama penonton nanti. Tanpa konsep dalam cerita sukar mesej nak disampaikan. Ada orang tidak setuju mengatakan bahawa filem mesti membawa mesej. Kami bukan posmen kata mereka. Anggapan itu salah kerana setiap karyawan mesti ada sesuatu yang mahu disampaikan melalui penceritaannya. Kan filem itu memanusiakan manusia.

Aku juga begitu. Mesti bijak dalam melahirkan konsep terbaik untuk diadunkan dalam cerita tomboy ini. Kalau setakat watak berlari kesana kemari, menyanyi dan menangis, aku rasa aku gagal sebagai tukang cerita yang mahu kahalayak penonton aku merubah pemikiran mereka selepas menonton filem aku ini. Kau orang semua tahukan, filem dibuat untuk menghiburkan, tetapi mesti juga diberitahu. Inilah peringkat sesebuah filem itu mesti berpaksikan konsep cerita untuk penonton tahu apa yang mahu kita sampaikan. Kita mesti bijak memberi kefahaman kepada mereka dicelah-celah hiburan. akhirnya pemikiran mereka kita manupulasikan atas fungsi ketiga iaitu provokasi.

Antara konsep keseluruhan yang aku tekankan dalam cerita ini ialah kelebihan Tuhan sebagai pencipta dapat melihat apa saja perbuatan hambanya. Dia amat mengasihani hambanya. Dia penyayang dan pemurah. Dia pemberi yang amat kaya. Dia tidak izinkan hambanya menjadi lain selain dari yang diciptanya. Aku orang Melayu beragama Islam. Aku tidak meninggalkan citi-ciri Islamik dalam kerja aku. Macam mana hiburannya pun cerita aku, aku mesti membawa peradaban Islamik didalamnya. Lagi pun penonton aku ialah orang Melayu beragama Islam. Aku tahu orang putih takkan peduli masaalah kita. Mereka akan memperbesarkan watak-watak dan peradaban mereka didalam filem-filem mereka. Mereka apa peduli tentang kita. Hanya dengan konsep saja kita akan tahu hala tuju dan arah filem kita. Itulah kelebihan konsep dalam sesebuah filem. Jadi kalau sesebuah filem itu seperti tak ada mesej, sebenarnya filem itu tidak berkonsep sebenarnya.Ia hanya sebuah cerita hiburan kosong walaupun tetap menghiburkan.

Panshah tidak mau tahu semua ini. Dia nak tengok skrip dengan segera kerana Rosyam akan
memulakan kerja-kerja pra-produksi.

CINTA KITA - Memperbesarkan Story-line



Pansha memberi aku elaun untuk aku keluar dari kota Kuala Lumpur semata-mata mencari dan memantapkan idea story ini. Mula-mula aku tuju club med Cherating. Beberapa hari aku disitu. Aku mengumpul idea dan mengembangkan story. Aku dapat rasa watak Latifah yang menjadi Dino berkembang dengan baik. Aku jadikan dia pernah belajar tea kwan do
kerana mahu nanti dia berani berdikari. Dalam cerita aku, aku tidak suka watak me bebankan ibu bapa. Pandai cari masaalah (konflik), pandailah settle sendiri. Lagi pun ini filem bukan drama tv dimana semua pelakun asyik duduk diruaang tamu bercakap untuk menyelesaikan masaalah atau dimeja makan. Itu drama tv. Sepandai-pandai seseorang pelakun itu berlakun, kalau di tv bagi aku dia cuma diistilahkan 'pelakun ruang tamu saja'. Pergerakanya tidak berkembang.
Aku melihat watak-watak manusia dari pelbagai bangsa di club med. Bukan semua watak
boleh dipinjam untuk Dino. Dino Melayu - mesti berperasaan dan bertindak ala Melayu dalam cerita ini. Aku tidak lupa yang menonton nanti ialah orsng Melayu. Bagaimana aku mahu berinterksi dengan bangsa aku sekiranya watak-watak aku tidak Melayu. Tidak ada perasaan dan roh Melayu. Didepan aku pelbagai ragam manusia yang ada, yang bebas
berbuat apa saja. Aku rasa Dino tidak seteruk itu dibanding dengan mereka.

Aku dapat seorang kenalan gadis negro Amerika.Anak orsng kaya. Keluarganya datang
sini untuk bercuti. Mereka akan ke Pulau Pinang selepas club med. Aku cerita padanya
apa yang aku buat di club med.

Aku tak berapa sesuai untuk meminjam watak budak-budak Beach Boys di club med. Gerak mereka tidak pernah aku bayangkan dalam skrip aku. Aku lupakan mereka. Aku tumpu
pada watak Dino yang akan menjadi watak utama filem ini (yang belum berjodol).
Rupa-rupanya Dino memerlukan teman. Itu keresahan hatinya. Aku buat bila Arman bercuti pulang kekampungnya, Dino ikut serta. Mereka aku buat berbalah beberapa kali kerana mahu menegakkan pendapat dan pendirian masing-masing. Aku percaya silent
is golden. Saat dramatik dalam sesuatu scene ialah apabila watak itu tinggal ber- sendirian dan cuba mengungkapkan kembali peritiwa silamnya. Masa itu watak akan mengkaji dirinya sendiri. Lagi pun stail skrip aku memang tak suka banyak watak.
Sesiapa yang pernah menonton Jangan Hentikan Hujan Itu, Korban, Landasan, Ombak Itu
dan lain-lain tentu faham stail aku mencipta watak untuk berceri

Aku pindah ke satu lokasi peranginan yang baru berdekatan Sungai Ular, Pahang.
Chalet disitu murah dan aman. Dua hari aku seronok bekerja. watak Dino kian berkem-
bang. Watak Arman juga mula mecipta konflik demi konflik menentang pemikiran Dino yang bercanggah dengan idea dalam novel tulisannya itu. Tapi hari ketiga tidak menarik lagi bila pasangan mat salleh menyewa sebelah chalet aku. Mereka ni jenis
suka berasmara tak kira masa. Aku ambil jalan mudah - pindah dari situ.

Aku sampai di Pangkor. Tenang setiap kali melihat matahari terbenam dan aku tunggu sampai senja menunjukkan auranya. Di Pangkor aku menyalin beberapa nota sebelah malam dalam bilik. Selepas itu aku tidur. Satu malam ribut terjadi di Pangkor.
Aku melihat hujan, kilat, guruh, dan ombak memberi aku ilham untuk mencipta adegan
ribut taufan dilaut. Bapa Arman ialah nelayan. Arman ikut bapanya. Dino juga mau ikut untuk merasakan pengalaman dilaut. Aku cipta adegan ribut untuk mengeratkan
lagi hubungan cinta Dino dan Arman tanpa dialog. Terima kasih Pangkor. Syukur kepada
Allah kerana memberi ribut malam itu agar dapat aku cipta Mid Point Scene cerita aku ini. Tak ramai yang tahu, percaya, atau buat Mid point scene dalam filem mereka. Aku pernah tengok Mid point scene dalam Anak Halal tapi sama ada Osman Ali sedar atau tidak, aku tak tau. Setakat ini cerita aku sudah siap hampir 80 peratus.

Aku pulang ke Penang. Tanpa memberitahu mak (kini dah arwah), aku sewa bilik tepi
pantai tapi rumah kawan lama aku. Disini aku sudah biasa sejak zaman remaja lagi.
Idea bertambah bila aku berkesempatan berbual dengan Beach Boys disini. Mereka tahu
tujuan aku dan memberi sokongan. Aku melihat Arman sebagai Life Guard bertambah
lively. Aku cabar Dino sekiranya dia tidak grab Arman, ramai lagi gadis yang akan mencuri hati Arman. Dino tidak berani dicabar. Dino tidak mahu Arman dimiliki
oleh orang lain. Dia ikut Arman masuk hutan tempat Arman menghabiskan masa untuk
berkarya. Mereka berdua masuk hutan. Naik keretapi, melintas perkampungan Orang Asli.
Bersewang dan melawat Alai kawan menara gading Arman masa di Universiti Malaya dulu.

Malam di Batu Feringgi akan dihabiskan dengan menjengah disco bersama rakan-rakan Beach Boys. Mereka yang belanja aku. Aku pun belanja mereka juga. Banyak lagi idea dan pengalaman baru aku kutip semasa dalam disco. Cerita berkembang lagi. Emak dan Ayah Latifah sudah tentu bimbang. Mereka tidak cukup puas mendengar suara anak gadis
di telefon saja. Dino sentiasa mengelak bila ditanya dimana dia. Remy rupanya mula teringatkan Latifah. Mencari dimana-mana. Terbayang kisah silam mereka berdua.

Dino dan Arman tinggal disebuah pondok dalam hutan berlatar belakang Air Terjun. Itu yang aku bayangkan ketika itu. Aku tahu cerita aku akan tamat bila-bila masa apabila adegan akhir Remy datang bersusah payah mahu berjumpa dan membawa kembali Latifah kepangkuannya.

Aku sudah nampak perkataan Tamat terbayang diruangan mata. Pada aku biar aku habiskan
beberapa adegan akhir sewaktu aku berada dihadapan mesin taip nanti. Aku tahu, aku
akan bergelut dengan watak Dino, Arman dan Remy. Biar aku jadi orang ke empat dalam cerita ini tanpa penonton melihat aku. Berkarya memang begitu. Kita ada dimana-mana
dalam adegan kalau filem, dalam helaian muka surat kalau dalam novel. Kita akan ada diantara baris-baris atau bait-bait puisi yang ditulis. Itu kelebihan kalau seseorang itu tahu dia sedang berkarya.......

Thursday, June 17, 2010

CINTA KITA - Sinopsis


Latifah mendapat tahu yang teman lelakiny curang. Remy membawa pulang gadis lain dan kerap berasmara. Latifah sendiri sudah hilang virgin ketika bersama Remy. Bayangkan saat Latifah memasuki bilik mereka, Remy sedang melakukan sesuatu seperti yang pernah mereka lakukan dulu. Hancur hati Latifah dan buat keputusan untuk tidak mempercayai lelaki lagi.

Disatu cerita lain, Latifah sedang menghabiskan bacaan novel berjudul Cinta Kita karya Arman Ishak. Pabila dia sampai di satu bab yang seakan-akan macam yang terjadi pada dirinya, dia mengamati jalan cerita itu. Latifah terpengaruh dan mendapat idea.

Dia harus merubah wataknya dari seorang perempuan ke watak seorang lelaki. Inilah
pengaruh yang dibaca dari novel Cinta Kita walaupun sebenarnya dia tidak habis membaca keseluruhan ncerita itu. Latifah pun menukar gayanya, pakaiannya, malah memotong rambutnya hingga pendek. Latifah memilih nama barunya Dino untuk menjadi
seorang tomboy.

Malangnya perasaan dalamannya sukar dihindarkan dari mengingati perisitiwa kecurangan
Remy dan cinta yang mereka bina hampir lima tahun. Dino akhirnya membawa diri dengan
menghabiskan masanya ditepi pantai menyewa sebuah hotel.

Disitulah tak disangka-sangka, dia telah terjumpa penulis novel Cinta Kita iaitu
Arman yang bekerja sebagai life-guard pantai. Pertama kali dia melihat Arman, hati
wanitanya terusik. Kewanitaannya cair. Arman bukan seperti Remy. Namun Dino cuba
menolak jauh-jauh perasaan itu. Berkonsepkan dirinya seorang tomboy, dia tahu tidak ada lelaki yang akan menghampirinya: seorang yang berwatak lelaki.

SINOPSIS INI DITUNJUKKAN PADA PANSHA. DIA SETUJU. AKU KATA AKAN MENULIS SKRIP BILA
SEMUA IDEA TERKUMPUL. AKU TIDAK SUKA TULIS TREATMENT (OLAHAN CERITA) UNTUK CERITA INI. SEMUANYA AKAN BERPUTAR DAN BERLIGAR DI KEPALA AKU; PROSESS THINGKING IN PICTURE. STYLE AKU MUDAH AJA, AKU MESTI KENAL WATAK, KENAL LATAR CERITA, KENAL LOKASI, KENAL MOOD, KENAL WARNA CERITA DAN KENAL DIALOG. DAN APABILA SEMUA INI JELAS (VERY CLEAR)DAN MANTAP BERADA DIPEMIKIRAN AKU, MAKA AKHIRNYA AKU AKAN NAMPAK JELAS PERKATAAN "TAMMAT", INI BERMAKNA PROSESS MENAIP SKRIP PUN BERMULA.

CINTA KITA - Titik Permulaan Idea. . . .


Sofea Jane terkenal selepas Isteri, Perempuan dan ..... filem arahan U-wei Hj Shaari. Best filem tu.
Berjaya Filem cuba untuk dapatkan Sofea bekerja dengan mereka lagi. Aku ditawarkan mengarah filem yang aku sendiri tidak tahu dan tidak ada skripnya. Pansha serah pada aku Sofea dan katanya buatlah apa saja. Bentuklah watak baru untuknya. Setengah mati juga aku fikir. Pertama mengubah Sofea. Kedua mencari naskah yang menepati jalan cerita yang boleh mengubah Sofea zahir batin. Berminggu juga aku fikir idea dan story line.

Akhirnya aku teringat pada beberapa tomboy yang pernah aku kenali dan bercampur dengan mereka dulu. Aku kenangkan saat-saat kami berkawan, bertukar fikiran dan kadang-kadang bercanggah pendapat. Seronok bertengkar pendapat dengan geng tomboy
ini. Tak akan menang kalau bertelagah dengan mereka. Aku kerap mengalah walaupun dalam diam aku mengumpul penglaman dan ilmu baru. Pernah satu ketika, seorang tomboy yang baik hati termakan ayat aku membawa akun pulang kerumahnya. Ditempatkan aku dibilik sebelah biliknya. Bilik itu ada lubang didinding. Dia mengajak girlfriendnya berasmara....tujuan konon nak bagi aku tengoklah. Aku pun tengoklah wayang free. Itu cerita 5 tahun berlaku sebelum ada Cinta Kita. Bayangkan usia aku ketika itu. Selepas berasmara, tomboy itu datang kebilik aku menginap dan bertanya bagaimana adegan mereka tadi. Aku terus menggomolnya. Melumat-lumatkan bibirnya dengan bibir aku. Dia meronta-ronta dan memukul badan ku. Dia sempat katapada aku yang dia 'jantan'. Aku ketawa mengintrepetasi kenakalanku di usia itu. Heemmmm.......

Aku rasa aku nak buat cerita tomboy tapi bukan macam cerita rakan-rakan tomboy yang aku kenali. Cerita aku mesti berkonsepkan 'againts' cerita mereka. Mereka ada cara cinta mereka, kita ada cara cinta kita. Itu konsep asas aku.

Aku ketemu Pansha dan memberitahu basic idea cerita itu. Pansha suka. Suruh aku terus buat skrip. Aku kata tunggu dulu. Siapkan sinopsis lengkap untuk kita (pihak
produksi bincang)sebelum proceed ke lakonlayar. Aku juga ingin feedback dari teman-
teman yang membaca sinopsis itu nanti. Pansha setuju..........

CINTA KITA - Rosyam Nor: Production Manager


Sukar untuk bercerita pasal Cinta Kita kalau tinggal nama Rosyam Nor yang menjadi tunggak utama penerbitan filem ini. Dari seorang budak cuci jamban, tukang sapu, despatch boy, dia membina kerjayanya hinggalah nama yang kau orang kenalinya sekarang ini. Kenapa Rosyam berjaya? mudah aja jawapannya..kerana dia ada cita-cita dan terlalu gigih untuk mencapainya. Tapi kena ingat juga, peluang dan ruang juga berperanan besar dalam kehidupan. Pansha ingat jasa-jasanya lalu membantunya untuk naik. Namun kegigihan nya juga membantu menaikkan namanya.

Rosyam pernah dikenali melalui filem Gila-Gila Remaja berlakon disamping Faizal Husin. Dia amat merendah diri kerana dalam filem itu dia cuma berwatak side kick saja tetapi dia dikenang dik beberapa scene yang berkesan lakonannya.

Masa aku mengarah drama terbitan Berjaya, dia sudah berpangkat Production Manager (PM). Kuasanya besar. Dia yang menentukan itu dan ini dalam produksyen.
Jangan bohong padanya soal keluar masuk wang perbelanjaan produksi. Masa production krew tidur, dia berjam-jam semak semua voucher, resit perbelanjaan untuk di selaraskan sebelum menyerahkan pada Ramasamy (accountant Berjaya). Dia juga akan pastikan keluar masuk artis terlibat tidak menganggu perjalanan shooting.

Tak hairanlah aku kalau dia berjaya handle produksi besar filem Cinta Kita yang berjalan lebih dari 45 hari. Bermula dengan reccee location...kami menjelajah hampir
seluruh Malaysia mencari lokasi air terjun yang sesuai dengan kehendak aku.
Dia tau aku ni cerewet. Balakang aku dia kutuk juga kerana kecerewetan aku tapi depan aku, dia akan tetap menjayakan mimpi dan kehendak aku. Rosyam mempunyai satu
sifat dan konsep bekerja dengan aku. Dia akan pastikan aku tidak pening kepala bila masuk set. Semuanya sudah teratur dan tersedia dikendalikan oleh krew lain di bawah jagaannya.Dia rapat dengan Jailani Ghani selaku assistant director aku masa itu.
Sebelum Cinta Kita pun dia dah bekerja sebagai PM dalam drama-drama terbitan Berjaya.
Bermula dengan drama Korban, dia berlakun jadi hero disamping Haliza Misbun dan buat kerja PM.Dia berlakun drama Terasing, juga buat PM kecuali drama Bingung dan Cinta Kita. Ada juga ura-ura dan khabar angin, Pansha mau dia yg jadi hero Cinta Kita, tapi aku sengaja menolak. Nanti aku cerita kenapa aku tolak dilain pos.

Apa pun bagi aku yg dah banyak bekerja dengan ramai PM, aku berani kata disini yang Rosyam still the best, bukan nak bodek. Masa kerja kalau dia salah, aku hentam semacam aja. Aku tak peduli. Dia juga kerap menegur aku tapi aku tau tegurannya selalu macam adik menegor abang. Begitulah hormatnya dia pada aku.

Wednesday, June 16, 2010

CINTA KITA - Direct Drama Tv


Pansha suka skrip KORBAN yang aku tunjuk padanya. Rosyam Nor sebagai pengurus produksi pun sibuk dengan pre-pro seperti mencari krew, peralatan, pelakun, recce lokasi dan sebagainya. KORBAN ialah drama pertama aku bekerja dengan Berjaya Production.

Selepas itu drama demi drama aku buat bila ditawarkan oleh Berjaya. Hubungan aku dengan pejabat Berjaya bertambah rapat. Aku ditawarkan mengarah sebuah skrip berjodol BINGUNG. Ingat lagi JD Khalid ialah pelakunn utamanya. Wan Maimunah dan Along Kamaruddin pun turut serta. Yang paling penting membuka lembaran sejarah ialah apabila Sofea Jane dipanggil berlakon sebagai guest artist kononnya. di Malaysia kalau pelakun itu dapat satu atau dua scene, mereka menganggap itu ialah guest artist.

"Kenapa terima tawaran drama ini>" tanya aku pada Sofea. Dia yang sampai dilokasi duduk berasingan menanti giliran masuk set. Aku yang menegur dia dulu keranan dia
tidak kenal aku. Aku kenal dia melalui filem Isteri, Perempuan ........

"Saja aja buat duan scene. At least dapat credit title Guest Artist.." balasnya selamba. Aku senyum diluar tapi didalam rasa tercabar. Dia belum kenal aku siapa....hasut syaitan bertalu-talu. Sampai masa Sofea masuk set. Aku habiskan dua scene sekali gus.

"Cut....thank you for the scene." aku laung seperti biasa setiap kali scene selesai dibuat. Sofea datang dekat aku dan berkata.."boleh tak tambah beberapa scene lagi
abang?" Aku tak terkejut pun dengan permintaan itu. Banhyak pelakun yang pernah kerja denganaku pun kerap meminta tambah scene tanpa tanpa bayaran. Mungki mereka feel agaknya. Aku berjanji akan tambah scene lagi untuk Sofea. Aku terpaksa tambah dimana-mana dalam skrip untuk Sofea. Ah...kerja tambah dan buang scene, dialog enteng buat aku.Pelakun macam Sofea tidak harus dibiarkan begitu saja. Dia pandai, bijak intrepetasiwatak yang diberi. Akhirnya Sofea dapat enam scene tambahan. Dia amat suka, tapi aku tidak letakkan dia sebagai Guest Artis dalam kredit he he he....

CINTA KITA - Pengenalan


CINTA KITA tidak lengkap kalau tidak memperkatakan sejarah awal bagaimana aku mengenaliPansha penerbit filem Berjaya Production Sdn Bhd. Semua bermula bila Badaruddin Haji Azmi atau Badar atau Bade (selepas filemnya KL Menjerit) membawa aku berjumpa Pansha. Rupanya Pansha mau buat sebuah filem dimana Badar disuruh menjadi juru kamera dan director of photography. Kami pun berjumpa, berbincang bila aku menyerahkannya lakunlayar berjudul 'Maniac' sebuah cerita yg penuh dengan adegan sex, curang, pembunuhan dan triller. Pansha suka tapi ada takut-takut kerana LPF. Pansha sarankan skrip itu ditunjukkan pada LPF dulu sebelum rol kamera. Aku setuju. Tidak sikit pun ada rasa cuak pada LPF kerana aku rasa aku ni tukang cerita dan nak meyampaikan sesuatu idea melalui penceritaan. Dalam filem itu nanti aku ingin memberitahu bahawa kita tidak boleh menyembunyikan segala perbuatan kita dari Allah. Tuhan amat mengetahui segalanya.

Akhirnya Pansha tidak jadi buat. Dia telah menawarkan Badar Kanta Serigala sebagai jurukamera dimana arwah Hussien Abu Hassan sebagai sutradaranya. Aku balik kosong tapi tidak rasa apa-apa kehampaan pun. Setidak-tidaknya aku dapat kenalan baru iaitu Pansha dan Rosyam Nor yang ketika itu bekerja di syarikat itu sebagai Production Manager.

Hubungan persahabatan ok hinggalah Pansha menawarkan aku mengarah drama tv terbitan syarikatnya. Aku memberitahu Pansha inilah jalan terbaik kerana melalui kerja-kerja
mengarah drama tv, Pansha boleh mengenali aku lebih dekat. Cara aku bekerja. Cara dia
melakukan tugas-tugas sebagai penerbit. Pansha memang dikenali sebagai penerbit filem sebelum ini.

Wednesday, May 12, 2010

NOSTALGIA 2 - Peti Televisyen




Apabila Televisyen diperkenalkan di negara ini pada 1963, aku beraleh mencari hiburan kepeti televisyen pula. Ianya mudah kerana wayang sudah ada didalam rumah sendiri tanpa bersusah payah kepanggung wayang lagi. itulah sebahagian dari apa yang aku fikirkan ketika zaman itu. Aku di darjah 2 sekolah rendah. Pada mulanya sudah tentu tidak banyak rancangan tempatan disiarkan kecuali siaran warta berita yang disiarkan ada jam 8 malam setiap malam. Aku jadi penunggu setia memaksa diri menonton
siaraan itu. Aku tak ingat nama-nama pembaca berita lagi kecuali seorang saja iaitu Zainal Fitri. Banyangkan masa itu nama-nama menteri kerajaan semuanya aku hafal dari Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama hinggalah ke Senu Abdul Rahman, Bahaman Shamsuddin, Tun Razak, Ghazali Shafie, Sambanthan, Tan Siew Sin, Wong Pow Nee dan lain-lain. Kalau tak ada siaran apa-apa, aku akan menonton kotak rajah di kaca tv sambil mendengar lagu background dimainkan.
Set tv dirumah aku dibeli oleh arwah bapa, jenama Kriesler buatan Jerman.
Selang beberapa bulan baru Stesyen menayangkan siri-siri barat seperti See Hunt (Lyod Bridges bapak Jeff Bridges)), I love Jeanie, Man With a Camera (Charles Bronson), Danger Man (Patrick McMahoon)dan lain-lain dah tak ingat.
Kalau siri koboi yang aku ingat dan tak mis menonton ialah Colt 45, Mavericks, Bronco, Bat Masterson, Virginian dan Big Valley.

Tak ramai orang memiliki televisyen ketika itu. Jiran kerap bertandang menumpang untuk menonton. Tak kisah, adat berjiran saling menolong. Aku ingat lagi pesan arwah
mak.
Bayangkan bila malam suara dari radio tidak kedengaran lagi kecuali digantikan dengan
siaran di tv walaupun tidak banyak. Masa itu siaran tamat jam 12 malam dengan lagu Negara Ku sebagai penutup. Itu pun akann di tonton juga oleh kami dan orang kampung.Cuma aku tak ingat apakah kami bangun berdiri tegak demi mmenghormati lagu kebangsaan negara. Seingat aku tidak. Betapalah besar kasalahannya kerana menghormati
negara sendiri harus dipupuk bermula dari dalam rumah lagi.

Stesyen di Kuala Lumpur selepas itu mula menerbitkan rancangan tempatan seperti drama, bangsawan, hiburan nyanyian Tiga Dara dimana Asiah Tuah, Sarena Hashim dan
Rubiah Lubis sebagai hos dan penyanyi. Aku tak mis kerana meminati suara Rubiah Lubis ala-ala Doris Day itu.

Aktiviti aku ke panggung wayang menurun sedikit akibat menonton televisyen, walau pun masa itu masih hitam putih. Arwah mak cukup suka kerana aku tidak lagi merayau
malam. Aku punn jadi penonton setia dihadapan set tv dengan menonton tayasngan filem-filem Malayu seperti Mutiara, Kipas Hikmat, Abu Hassan Pencuri, Laila Majnun, Panggilan Pulau dan lain-lain. Filem Hindi lakunan Devanand, Rajn Kapoor, aku nonton
jugak. Aku kenal MGR dan Sivaji serta Johny Walker melalui filem Tamil yang aku tonton. Lama-lama aku dapat meraskan ketidak puasan menonton di televisyen. Aku mula rindukan panggung wayang. Layarnya lebar, sound sistemnya besar. Siri-siri untuk siaran tv cuma dibuat dalam studio yang terhad. Lighting nya serata tidak memberi mood malah pergerakan pelakon sangat terhad. Camera lebih fokus teknik close up dimana-mana angle pun. Di Filem tidak; kalau melihat shot Extreme Long Shot terasa macam dunia ini tidak sempit. Apa lagi kalau dapat melihat panoramic shot. Aku mula
rasa jemu. Rancangan di tv tak buat aku enjoy lagi.

Televisyen dan Filem berselang seli memberi aku infor sebagai self taught film maker. Masa itu mana ada sekolah filem. Filem dan telivesyen terus merangsang aku untuk berada dalam bidang ini. Terima kasih juga pada telivisyen walaupun aku lebih suka kepada filem.

Thursday, April 8, 2010

SENIMAN BESI


Saya mengenal mesin taip atau typewriter sejak diusia 12 tahun. Semuanya kerana membantu abang sepupu menaip borang kerja yang bertimbun dipejabat dan dibawa pulang kerumah untuk disiapkan. Saya dibayar seringgit dua. Kalau menonton wayang, dapatlah berbelanja lebih sikit dengan wang upah itu.

Arwah emak memujuk saya masuk kelas belajar menaip. Lucu alasannya. Kononnya bila saya
dewasa nanti bolehlah saya bekerja sebagai kerani pejabat kerana boleh menaip. Saya pun masuk kelas menaip tapi tak ada niat langsung nak jadi kerani. Pertama kali masuk kelas, saya
terkejut kerana yang saya lihat adalah kakak-kakak dan abang yang berusia dari saya. Ada yang belajar menaip, ada yang belajar trengkas. Mereka juga hairan melihat saya yang paling muda dalam kelas. Ada yang mencebik. Selepas 6 bulan balajar beserta latihan dirumah mengguna mesin taip abang sepupu, kemahiran saya bertambah. Saya ajak kakak dan abang-abang dalam klas lawan menaip siapa yang pantas. Mereka tewas. Pengajar disitu memberitahu saya bahawa saya boleh menaip selaju 65 perkataan seminit. Saya lulus peperiksaan menaip peringkat elementary dan intermediate. Namun saya tidak sempat belajar hingga keperingkat advance kerana dah malas.

Skrip drama pertama saya tulis menggunakan mesin taip yang saya pinjam dari ayah angkat,
pakcik Razak Ahmad di Kuala Lumpur. Skrip berjudul Daerah Damai diterima oleh rtm. Belajar menulis skrip kononnya mudah - hanya membuat beberapa rujukan buku filem dan skrip yang
saya pinjam dari British Council, American Embassy dan Perputakaan Selangor (dulu belakang
Selangor Club). Saya cuma perlu meniru contoh format menulis skrip untuk televisyen sahaja
kerana segala idea dan jalan cerita sudah ada dalam pemikiran saya. Saya mengenal apa yang di-
katakan konflik, plot, krisis dan klimaks semata-mata melalui 'rasa'. Atondra ialah penyunting
skrip drama tv ketika itu di rtm. Dia telah memanggil saya berjumpanya kerana skrip Daerah
Damai memerlukan sedikit rombakan dan pindaan. Maklomlah saya tidak tahu 'procedure' rtm yang mewakili suara kerajaan. Saya disuruhnya menulis semula setelah di olahnya beberapa
adegan. Atondra juga telah memberi beberapa tips cara menulis skrip untuk studio yang menggunakan 3 kamera. Zaman itu drama tv diterbitkan oleh rtm dan kebanyakkannya dalam
studio di angkasapuri. Atondra mahu saya menaip skrip dihadapannya agar mudah dia boleh membantu. Saya guna mesin taip bersaiz besar dalam pejabat drama ditingkat 2 Angkasapuri. Seingat saya jenama mesin yang saya guna ialah Olympia.

Skrip demi skrip saya tulis. Bukan untuk rtm malah untuk singapore broadcasting coperation (sbc). Semua wang upah saya guna untuk membeli mesin taip baru dan buku-buku filem terutama mengenai dunia lakonlayar. Bermulalah diri ini yang sayarasa sudah hampir dengan industri perfileman. Tugas sampingan lain sebagai ilmu bantu ialah dengan menonton filem setiap hari. Pawagan Federal, Capitol, Rex, Cathay, Colesium malah Pawagam P. Ramlee di Jalan Tuanku Abbul Rahman pun menjadi sekolah filem saya.

Kehidupan berkarya sudah sinonim dengan dengan mesin taip. Saya sudah intim dengan mesin
besi itu. Bunyi ketukan dari mesin itu sukar dipisahkan dari halwa pendengaran malah hati pun boleh mendengar efek ketukan itu. Saya boleh menaip sepantas mungkin kalau watak ciptaan saya itu dalam kegembiraan. Saya mengetip secara perlahan malah lembut sekiranya watak itu
mengalami emosi yang pudar. Saya dapat merasakan pelbagai emosi dari ketukan demi ketukan.
Adakalanya saya bercakap-cakap dengan watak melalui rasa yang dikeluarkan dari ketukan mesin tadi.

Saya dapat meraskan mesin itu bukan sekadar besi tetapi mempunyai roh untuk membentuk
manusia dan kemanusiaan diatas sekeping kertas yang pada mulanya kosong. akhirnya seperti
dicipta dunia dan ditaburkan manusia yang bernama watak lalu bergelumang dengan konflik demi konflik. Manusia tidak pernah bebas dari konflik, begitu juga drama.

Dalam era teknoloji, kawan-kawan menggunakan pc dan laptop, saya masih mau menggunakan
mesin taip. Saya masih percaya bunyi yang dikeluarkan dari mesin itu memberi saya ilham dan
merangsang saya untuk berkarya. Ada beberapa kali saya menaip menggunakan komputer tetapi saya merasakan kekosongan. Dengan komputer, watak seperti dicipta kerana adanya nama, konflik di cetus sekadar mau mengisi ketegangan dan klimaks dicipta sekadar mau menamatkan cerita dengan pantas. Tetapi tidak dengan mesin taip. Ia sukar digambarkan yang dinamakan "p e r a s a a n. . . . ." tatkala berkaraya menggunakannya.

Alahai seniman besi. . . . . . .

Wednesday, April 7, 2010

MISLINA MUSTAFFA

Gibran Agi memperkenalkan dia saat aku mencari pelakon untuk
drama tv OMBAK ITU . . . Pertama kali berbincang tentang story
line Ombak, aku sudah tahu dialah orangnya. Bekerja dengannya
amat menarik kerana dia punya ilmu akting yang tinggi. Lakunan
nya amat bermutu dan aku berlajar terlalu banyak darinya teruta
ma seni lakon.

Ulat buku, kaki tengok wayang, dvd dan terus aktif dalam teater.
Mislina tidak pernah jemu kalau berbual tentang seni. Drama kedua penglibatannya dengan aku ialah MISI (the nurse). Dibawanya watak Utih bersahaja. Aku sukar mencari kesalahan dalam geraknya. Setiap gerak memberi kejutan pada aku. Aku menonton lakunannya dalam drama lain juga filem Yasmin. Mislina tidak perlu dipuji kerana
dia percaya pada "being there". Dia aktor yang pertama memberitahu aku seorang aktor itu
harus ada sifat 'a total surrender to a director' (tapi jangan salah faham....)
Pernah dia bisik, dia bukanlah pelakon cantik cuma berbekalkan bakat, ilmu, passion dan kesungguhan. Aku memberitahunya "you dont have to be a star, but you'll be in my show"



Sunday, April 4, 2010

FOTO HARI TERAKHIR BERSAMA PESERTA UMS

Kenangan yang sukar dilupakan bersama anak-anak
muda ini yang berbakat dalam penulisan lakonlayar.

Mereka bakal mewarnai
industri filem tempatan
dimasa akan datang.


Sunday, March 28, 2010

BENGKEL PENULISAN SKRIP UMS, SABAH

HARI PERTAMA: (19hb March 2010)

Tepat jam 10.00 pagi selepas perasmian bengkel dilancarkan oleh Puan Hajijah Lamiri Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar maka bermulalah bengkel penulisan lakon
layar yang dihadhiri oleh seramai 30 mahasiswa siswi UMS. Mereka diperkenalkan dengan makna sebuah Lakonlayar dan kepentingan sebuah naskah skrip untuk membuat sesebuah filem.
Peserta diberi penerangan tentang makna 'skrip' dan 'lakonlayar' yang sekarang ini menjadi
kekeliruan dalam industri filem tempatan. Skrip itu adalah Lakonlayar dan sebaliknya.
Kedua-dua ini tidak ada beza. Kerap kita melihat credit title yang meletakkan nama si pengarah
sebagai penulis lakonlayar padahal dis tidak menulis naskah itu, kecuali dia menjadi penulis bersama dengan penulis asal. Itupun namanya harus diletak sebaris dengan nama penulis asal.

Petang itu selepas makan tengahari, masa dihabiskan dengan ceramah tentang format skrip dan menyusun atur tatkala menaip skrip. Peserta di edarkan nota. Mereka juga di dedahkan dengan
Paradigma sesebuah lakunlayar atau lebih mudah dipanggil Dramatic Line yang sudah tentu
terbahagi kepada Three Act Play. Act I, Act II dan Act III. Penceramah juga menersangkan
bahagian terawal yang boleh 'hook the audience' iaitu The First Ten Minutes. Peserta menonton
filem Doa Yang Mengancam untuk belajar bagaimana penulis bijak mengintroduce geography, ekonomi, watak utama, dan konflik tema keseluruhan cerita. Di akhir sepuluh minit, dicetuskan
satu konflik yang merubah jalan cerita kesatu arah lain dan apabila selepas i ni watak utama
bertemu dengan konflik khusus, cerita bertambah menarik dan bekembang. Drama yang baguas pembukaannhya, tidak akan buat penonton menukar ke saluran lain kaca tv nya.

Petang itu bersurai lebih awal kerana peserta bakal menghadhiri bengkel bersama Dr. Zainur Anuar, Pensyarah Filem UMS pada sebelah malamnya. Dr.Zainur telah mengupas short film
antara beberapa buah short yang ditayangkan. Menarik - ulasan Dr. Zainur menepati kehendak appreasasi dan kritikan.

HARI KEDUA: (20hb March 2010)

Idea menolak seseorang itu menulis. Idea cukup penting kerana tanpa idea cerita kita akan menerawang - tidak berada diatas landasan yang betul untuk bercerita. Kita ada IDEA, kita MENCARI CERITA untuk MENYAMPAIKAN IDEA.Filem yang berputar selama 120 minit adalah bertujuan untuk menyampaikan idea. Filem dikaitkan dengan 3 fungsi kenapa ianya dibuat. Pertama: untuk 'menghiburkan' (to entertain). Kedua: untuk 'memberitahu' (to tell).
Ketiga: untuk 'provokasi dan manupulasi' (to provoke and to manupulate audience's mind).

Idea yang baik akan ditulis pula ke Sinopsis. Ini penting kerana sinopsis menyimpan idea agar
tidak hilang. Fungsi sinopsis pula pelbagai. Peserta diberi penerangan dengan terperi ci tentsng
kelebihan sinopsis.

Kata bijak pandai drama tidak bermula tanpa konflik. No drama if there is no conflict. Konflik harus dicetuskan pada plot point pertama agar minat penonton tertumpu dan ingin tahu jalan cerita seterusnya. Konflik pula turut melibatkan skima plot untuk memperkembangkan perjalan
an cerita. Plot adalah sebab dan musabab kenapa insiden-insiden itu terjadi dan kesannya.
Watak mmempunyai konflik. Tanpa watak sukar drama mencapai katartis dramaturgy.

Sebelah petang peserta menonton drama Jangan Hentikan Hujan Itu untuk memahami fungsi
dialog ditulis. Ini termasuk dialog yang ada 'subteks' dan 'foreshadow'.

Malam bersama Encik Che Hasruddin -peserta didedahkan dengan ceramah filem dokumentari
terutama projek Travelogue dan cara menulis format dokumentari.

HARI KETIGA: (21hb March 2010)

Hari terakhir. Setakat ini peserta telah berjaya berfikir cara gambar atau thingking in picture.
Peserta dilatih melihat objek dan subjek dalam bentuk frame yang di imiginasi sama ada saiz
close up, medium shot, long shot, tight shot dan lain-lain untuk merasai perasaan watak dan cerita yang hendak ditulis. Namun peserta sentiasa di ingatkan agar tidak menulis shot dalan lakonlayar mereka. cukuplah penulis mengerti makna sesusatu film language.

Klimaks mem beri kesan dramatik yang berpanjangan kepada penonton. Peserta dipandu untuk
bijal menulis kllimaks dimana ditahap ini segala kerumitan dan krisis hasrus dirungkai. Penulis yang bijak mencetuskan konflik,harus juga bijak meleraikan konflik. saat watak berada di tahap
point of no return, apa pun boleh terjadi untuk menyelesaikan konflik kerana cerita sudah sampai di penghujung untuk tammat.

Masa terakhir dihabiskan dengan soal jawab peserta dengan penceramah. Peserta di edarkan
borang pertandingan skrip anjuran Finas untuk mereka mencuba bakat yang ada dan ilmu yang
telah mereka pelajari sepanjang 3 hari.

Majlis bersurai jam 6 petang dengan jamuan BBQ. turut join ialah Dr. Zainur Anuar, Don dan
sdr Mohd Fuad Bebit. Acara bergambar dan autograf menjadi kebiasaan demi melanjutkan kenangan yang berpanjangan.

All the best dan selamat berkarya pada Albert, Norshah, Fionelah, Geneieve, Izzati, Juraikha,
Amir, Jasman, Alexous, Humairah, Emilia, Sylvester, Mukhlis, Norasrine, Everlyn, Fredina,
Syafiq, Vellkah, Bigol, Faizah, Nuraian, Fatimah, Nisman, Christella, Nahzuma, Azarina, Ick,
Azlina, Jessy dan Siti Julaila Rakimin.

Terima kasih Lina anak Kunjak.