Thursday, April 8, 2010

SENIMAN BESI


Saya mengenal mesin taip atau typewriter sejak diusia 12 tahun. Semuanya kerana membantu abang sepupu menaip borang kerja yang bertimbun dipejabat dan dibawa pulang kerumah untuk disiapkan. Saya dibayar seringgit dua. Kalau menonton wayang, dapatlah berbelanja lebih sikit dengan wang upah itu.

Arwah emak memujuk saya masuk kelas belajar menaip. Lucu alasannya. Kononnya bila saya
dewasa nanti bolehlah saya bekerja sebagai kerani pejabat kerana boleh menaip. Saya pun masuk kelas menaip tapi tak ada niat langsung nak jadi kerani. Pertama kali masuk kelas, saya
terkejut kerana yang saya lihat adalah kakak-kakak dan abang yang berusia dari saya. Ada yang belajar menaip, ada yang belajar trengkas. Mereka juga hairan melihat saya yang paling muda dalam kelas. Ada yang mencebik. Selepas 6 bulan balajar beserta latihan dirumah mengguna mesin taip abang sepupu, kemahiran saya bertambah. Saya ajak kakak dan abang-abang dalam klas lawan menaip siapa yang pantas. Mereka tewas. Pengajar disitu memberitahu saya bahawa saya boleh menaip selaju 65 perkataan seminit. Saya lulus peperiksaan menaip peringkat elementary dan intermediate. Namun saya tidak sempat belajar hingga keperingkat advance kerana dah malas.

Skrip drama pertama saya tulis menggunakan mesin taip yang saya pinjam dari ayah angkat,
pakcik Razak Ahmad di Kuala Lumpur. Skrip berjudul Daerah Damai diterima oleh rtm. Belajar menulis skrip kononnya mudah - hanya membuat beberapa rujukan buku filem dan skrip yang
saya pinjam dari British Council, American Embassy dan Perputakaan Selangor (dulu belakang
Selangor Club). Saya cuma perlu meniru contoh format menulis skrip untuk televisyen sahaja
kerana segala idea dan jalan cerita sudah ada dalam pemikiran saya. Saya mengenal apa yang di-
katakan konflik, plot, krisis dan klimaks semata-mata melalui 'rasa'. Atondra ialah penyunting
skrip drama tv ketika itu di rtm. Dia telah memanggil saya berjumpanya kerana skrip Daerah
Damai memerlukan sedikit rombakan dan pindaan. Maklomlah saya tidak tahu 'procedure' rtm yang mewakili suara kerajaan. Saya disuruhnya menulis semula setelah di olahnya beberapa
adegan. Atondra juga telah memberi beberapa tips cara menulis skrip untuk studio yang menggunakan 3 kamera. Zaman itu drama tv diterbitkan oleh rtm dan kebanyakkannya dalam
studio di angkasapuri. Atondra mahu saya menaip skrip dihadapannya agar mudah dia boleh membantu. Saya guna mesin taip bersaiz besar dalam pejabat drama ditingkat 2 Angkasapuri. Seingat saya jenama mesin yang saya guna ialah Olympia.

Skrip demi skrip saya tulis. Bukan untuk rtm malah untuk singapore broadcasting coperation (sbc). Semua wang upah saya guna untuk membeli mesin taip baru dan buku-buku filem terutama mengenai dunia lakonlayar. Bermulalah diri ini yang sayarasa sudah hampir dengan industri perfileman. Tugas sampingan lain sebagai ilmu bantu ialah dengan menonton filem setiap hari. Pawagan Federal, Capitol, Rex, Cathay, Colesium malah Pawagam P. Ramlee di Jalan Tuanku Abbul Rahman pun menjadi sekolah filem saya.

Kehidupan berkarya sudah sinonim dengan dengan mesin taip. Saya sudah intim dengan mesin
besi itu. Bunyi ketukan dari mesin itu sukar dipisahkan dari halwa pendengaran malah hati pun boleh mendengar efek ketukan itu. Saya boleh menaip sepantas mungkin kalau watak ciptaan saya itu dalam kegembiraan. Saya mengetip secara perlahan malah lembut sekiranya watak itu
mengalami emosi yang pudar. Saya dapat merasakan pelbagai emosi dari ketukan demi ketukan.
Adakalanya saya bercakap-cakap dengan watak melalui rasa yang dikeluarkan dari ketukan mesin tadi.

Saya dapat meraskan mesin itu bukan sekadar besi tetapi mempunyai roh untuk membentuk
manusia dan kemanusiaan diatas sekeping kertas yang pada mulanya kosong. akhirnya seperti
dicipta dunia dan ditaburkan manusia yang bernama watak lalu bergelumang dengan konflik demi konflik. Manusia tidak pernah bebas dari konflik, begitu juga drama.

Dalam era teknoloji, kawan-kawan menggunakan pc dan laptop, saya masih mau menggunakan
mesin taip. Saya masih percaya bunyi yang dikeluarkan dari mesin itu memberi saya ilham dan
merangsang saya untuk berkarya. Ada beberapa kali saya menaip menggunakan komputer tetapi saya merasakan kekosongan. Dengan komputer, watak seperti dicipta kerana adanya nama, konflik di cetus sekadar mau mengisi ketegangan dan klimaks dicipta sekadar mau menamatkan cerita dengan pantas. Tetapi tidak dengan mesin taip. Ia sukar digambarkan yang dinamakan "p e r a s a a n. . . . ." tatkala berkaraya menggunakannya.

Alahai seniman besi. . . . . . .

2 comments:

  1. saya rasakan bahawa saya pernah merasai perasaan seumpama yang encik rasakan...kalau encik fanatik dengan mesin taip saya pula fanatik menconteng di permukaan dinding bilik lama saya. Pada 5 tahun yang lepas saya tinggal menyewa seorang diri di sebuh rumah papan yg sudah dikira rumah tinggal bekas pekerja asing di kilang papan. ketika itu saya bersekolah kira2 9km dri tmpt sa tinggl.Dlm rumah tu adalh bilik saya,bnyk coretan nakal yg trtulis pda pmukaan dinding itu. Sblum tdur adalh saya mnambah lukis atau coret ungkapan yang nakal2 pda dinding itu. Sya trtawa sndiri stiap kali mbca coretan saya itu.Apa yg mghairankn sya apabila sya mghadp dinding itu sya akan mdpt bnyk idea smada utk menulis atau melukis kartun. shingga skg saya suka menconteng dinding bilik rumah saya utk memulakn sesuatu cerita, maka idea pun dtg mencurah-curah di fkiran saya.

    ReplyDelete
  2. Sayan sudah baca blog Adik. Patutlah saudara ni kreatf orang: pernah melalui liku-liku hidup yang mencabar. Cerita melukis didinding, menulis didinding adalah sesuatu premise yang segar untuk ditulis ke lakonlayar terutama untuk short film. Cerita ini sungguh menarik untuk sebuah watak yang unik. tinggal seorang diri dikelilingi oleh perkara-perkara yang kreatif, tak kisah lah lukisan dan tulisan itu lucah. ia adalah penolak idea kita untuk bercerita yang lebih baik. Anda bukan seniman kecil walaupunn tinggal dibilik yang sempit bersaorsngan. Anda sudah pun menjelajah jauh dari bilik itu hanya dengan membaca dan melihat coretan2 didinding. Wow...menarik betul. German suka buat cerita2 begini. Ia boleh jadi sebuah filem experimental. Sala dah baca blog anda. menarik. Terlalu banyak pengalaman baru yang saya sempat berkongsi.

    ReplyDelete