Wednesday, August 4, 2010

CINTA KITA - Shafiuddin Shariff


Ini kawan aku. Shafiuddin shariff. Seorang penulis skrip. Asal guru disebuah sekolah kawasan Felda di Pahang. Tapi jiwanya memberontak untuk jadi seorang penulis. Masa tu dia kawan rapat dengan Wahid Nasir, penulis skrip rtm (terkenal dengan drama Opah) juga asal seorang cikgu. Orang Kelantan tapi mengajar di sekolah rendah Kepong. Aku pun kenal si Shafiuddin ni melalui Mahadi J Mrat dan Letpee Ahmad. Mereka kawan baik masa tu. Sekarang pun mereka masih berkawan. Oleh kerana kami sama-sama freelance, aku agak rapat dengannya. Masa tu dia bujang. Perkenalan aku membawa puka aku mengenal keluarga seperti adik abangnya. Norhishamuddin adiknya bekerja dalam produksyen. Adiknya Syamsul Kamal seorang akauntan. Mereka ni berasal dari Kuala Pilah. Tau-taulah.....insan berjiwa seni. Dalam keluaga, Shafiuddin dipanggil abang Piu. Mereka pernah ada kugiran adik beradik. Shafiuddin bermain guitar rythm. Rupanya mereka ini berdarah muzikalitet (meminjam perkataan Frank Scheburt, komposer lagu-lagu klasik). Dia seusia aku cuma untuk tahun itu, dia yang tua (sulong/abang long) kerana dia lahir pada 1hb. Januari.

Kenapa aku mesti tulis tentangnya? mudah aja. Dia antara penulis yang tahu projek aku Cinta Kita. Dia penulis skrip yang baca naskah itu dan memberi komen serta menyalurkan idea. Dengan naskah ditangan, kami kerap bertukar pendapat. Dia seperti aku jugak, percaya bahawa screenplay itu ialah cerita bergambar. Jadi tak payahlah dalam skrip watak nak berdialog banyak-banyak. Biar gambar bercerita katanya.

"Mal......kalau skrip kita kaya dengan dialog, kita akan miskin dengan gambar. Kalau skrip kita miskin gambar, pasti kaya dengan dialog-dialog. Dah tentu dialog membazir dan un-economical."
katanya dan aku sambut dengan ketawa terbahak-bahak. Dua buah skrip Shafiuddin yang aku suka ialah ORANG BARU dan KEMARAU. Tapi sayang sutradara gagal mengangkat naskah itu
dengan sewajarnya.

Dia suka skrip Cinta Kita kerana kurang dialog, lebih pada gambar.

Berkawan dengan dia aku sempat mengarah 3 buah skrip hasil tulisannnya. MALAM HIKMAH (terbitan B&E), TUHAN SAYANG PADA MU (Production 11) dan BINTANG CILIK (Seni 2020). Dia banyak menulis skrip drama tv dan di komisyen juga menulis beberapa skrip untuk filem. Selebihnya dia mengolah, menyunting skrip untuk meneruskan hidup. Hanya selepas dia dapat tawaran bekerja dengan Astro, Tayangan Unggul, dia boleh bernafas dan hidup mewah. Syukur kawan aku ni dah senang. Yang menariknya Shafiuddin tak pernah lupa kawan. Kalau dulu main warung, sekarang main coffee house. Pun dia tidak pernah membangga diri.

Hari ini dia seperti yang dulunya jugak. Menulis, menulis dan menulis. Skrip, skrip dan skrip seperti kata Alfred Hitchock, itulah adalah kekuatan sesebuah filem.

1 comment:

  1. Terima kasih. Selama saya menjadi editor skrip saya banyak menemui nasykah yang hebat-hebat malangnya industri filem tempatan masih lagi dikawal oleh nafsu-nafsi penerbit yang hanya mahu membikin dan menjual hasil-fikir dan buah tangan mereka lalu nasykah yang hebat itu dipinggirkan dan menjadi debu yang ditiup angin. Akhirnya daya fikir dan daya estetik penonton tidak berkembang.

    ReplyDelete