Monday, April 29, 2013

PELAKUN KE PELACUR?

Tiba-tiba teringat nak tulis satu perkara untuk kita kongsi bersama pengalaman aku menghadapi satu masaalah yang akhir fb aku terpaksa di remove oleh si anu. Dia kenalan aku 25 tahun lalu. Ketika itu usia dia jauh lebih muda. Dia bahasakan aku 'abang' setiap kali dia bercakap dengan aku. Setelah 20 tahun, kami berjumpa kembali. Tak sangka dia dah jadi Pengarah dan Penerbit. Kami kerap bertemu dan berbual hal-hal tidak lain selain dari industri filem sahaja. Aku adalah idola dia,katanya. Banyak perkara yang dia rujuk pada aku. Sebagai abang dan orang lama dalam bidang ini tentu saja aku melayan apa saja pertanyaan, persoalan atau permasaalahan industri yang berlaku.
Banyaklah perkara yang kami bualkan hinggakan ke projek-projeknya yang bakal dibuat dimasa akan datang.
Semua filem yang akan dia terbit dan arahkan, semuanya di beritahu pada aku dan kami akan berkongsi pendapat. Aku suka tengok orang baru yang lebih muda gigih membuat filem. Usia ku yang tua ini tak bermimpi lagi untuk mengarah filem. Buktiknya sejak akhir-akhirnya tiada siapa yang datang menawar aku mengarah filem mereka. Aku tak kisah kerana rezeki ada dimana-mana. Kesibukan aku membut bengkel demi bengkel membuat aku lupa tentang film directing.
Satu hari kawan pengarah ini telah menyuruh aku terima seorang budak perempuan muda untuk belajar lakonan dari aku. "abang...tolong jadikan dia pelakun terkenal seperti Sofia Jane" tulisnya dalam ruangan chatting.  Seminit dua kemudian dia pos sekeping foto seorang perempuan yang tidak memakai baju dan bertattoo. Aduh masak  . . . . "siapa budak ni sebenarnya" tanya aku secara jujur. Aku tak boleh terima begini gaya nya kalau nak jadi seorang pelakun. Aku mula tidak percaya ini bakal pelakun yang septutnya mewarnai skrin tanah air. Kalau pun nak belajar berlakun bukan lah cara ini mengintroduce kan dirinya pada aku yang bakal mengajarnya. "alah..abang janganlah banyak soal, terima aja dia. berapa abang nak saya bayar. saya sanggup" Aku dah mula terbayang yang pelik-pelik terutama hubungan perempuan ini dengan rakan sutradara ini. Lama aku berfikir. "Boleh tak boleh abang?"  Kemudian dia menalipon aku. Suara cukup menyakin untuk meyakinkan aku bahawa akulah yang bernama Kamal Ishak yang mampu melatih budak perempuan ini menjadi someone kelak. Aku memberi beberapa alasan untuk menolak tawaran mengajar lakunan dan menasihati dia agar pergi mencari pelatih lain. Aku tidak secucok cara penampilan dia at the first step lagi. Kalau dalam dramaturgy dipanggil adegan pemaparan yang tidak menarik untuk sebuah cerita, kecuali lah cerita blue filem. "Tidak. Cari orang lain latih dia. Bukan saya" Keputusan aku muktamad. Kawan ini agak kecewa kerana aku menolak permintaannya. Dia letak talipon. Aku fokus pada wall fb. Nama kawan aku ini sudah tiada di kotak chatting. Aku surf fb nya. Tak masuk. Aku tahu bahawa fb aku sudah di blok. Syukur alhamdulillah, aku tak terjebak dengan gejala tak sihat ini. Sebelum terjadi aa-apa yang tak elok, Tuhan lebih awal mengelakkan aku dari terlibat dengan aktiviti yang tak bersih ini. Hairan kan...seorang yang nak jadi pelakon siang-siang lagi sudah hilang arah. Kalau dia tak berlakon pun, sudah tentu dibadannya ber tattoo. Itu hak dia. Hak aku tetap menjaga  bahawa industri ini tidaklah semiskin maruah seperti sangkaan masyarakat. Hubungan aku dan rakan ini terputus. Kalau aku jumpa dia, aku nak minta maaf dan mengharap hubungan boleh diteruskan. Sudah beberapa tahun tak jumpa atau berseliseh pun. Agaknya Tuhan tak mahu aku berkawan dengannya. Aku serah pada Tuhan. Sampai saat ini tak pulak aku dengar atau tengok filem dia. Apa jadi padanya aku tak tahu. Apakah dia dah memilih bidang lain wallahhuallam . . . . . .  .  .  .  .  .  .  .
(oh ya foto ini hanya hiasan saja, bukan foto tubuh budak perempuan tu)

Sunday, April 28, 2013

NAK MULA MENULIS SEMULA BLOG.


As salamualaikum semua. Aduhai. lama tak tulis di blogspot bagusfilem. Sibuk memanjang. Sibuk tak tentu pasal. Ini pun didesak oleh rakan-rakan. Kena tulis balik. Bukan apa, password yang dulu tak ingat. Sekarang dah dapat password baru. Boleh joli dengan cerita-cerita baru.

Insyaallah beberapa hari lagi aku mula menulis disini.

Harap sudi-sudilah membaca perkongsian pengalaman aku samada menulis puisi, cerpen, bengkel dan lain-lain.

Aku juga nak lihat kawan-kawan komen. Jangan baca saja. Tentunya ada kelemahan disana sini yang harus diperbaiki dalam
hidup ini.

Friday, April 15, 2011

JASAMU - ASSISTANT DIRECTOR


Selepas beberapa drama saya menjadi penolong pengarah, saya pun mengarah drama pertama PELARI skrip Nurhalim Ismail. Penolong pengarah saya ialah Ahmad Zaidi Ismail. Beliau masa itu bekerja di rtm tetapi mengambil cuti tahunan untuk membantu. Dua atau tiga drama selepas itu dia ikut saya. Dilokasi - pelakun, crew malah saya sendiri memanggilnya 'ustaz' kerana dia seorang yang warak.Hari ini dia seorang Penerbit Kanan di rtm.

Saidon atau Don mejadi penolong saya kerana dia juga yang menulis skrip SUDUT MEMORI. Saya tidak tahu dimana Don ketika ini. Kami tidak bertemu hampir 25 tahun. Saya harap bertemu dengannya nanti.

Asalnya Jailani Ghani menjadi pelakon tambahan dalam drama saya. Sebelum ini dia pernah ikut Mior Hashim beberapa kali menjadi penolong. Dia mohon menjadi penolong saya selepas perkenalan kami. Banyak drama yang Jai follow bermula dengan TENGKUJUH hingga lah filem CINTA KITA. Pun selepas itu dia masih follow saya beberapa drama sebelum
bekerja tetap di Tayangan Unggul hingga sekarang. Jailani bekerja dalam suasana yang tenang.
Dia mahir membuat shooting schedule. Hubungan kami seperti adik dengan abang sehingga hari
ini.

Hari ini Stu Zainuddin seorang sutradara drama tv yang agak terkenal. Dia seorang yang ber
pengalaman pernah menjadi penolong saya cuma sekali dalam drama BINTANG CILIK. Sampai
sekarang kami masih berhubung terutama dalam fb dan chatting.

Dia pelakon popular Jalan Ampas menjadi penolong saya dalam drama JEJAKA. Saya menolak pada mulanya kerana malu untuk membandingkan diri saya dengan pengalamannya. Manakan tidak - zaman saya masih budak-budak lagi, dia dah jadi pelakon. Arwah Ghazali Sumantri namanya. Bekerja dengannya saya selalu berhati-hati menjaga peribadi kerana menghormati dia. Arwah sempat juga memberitahu cara dan style Jalan Ampas bekerja. Selesai drama itu di sunting, saya buat keputusan untuk meletak nama dia dibawah credit title 'sutradara'. Jadi dalam drama itu ada dua sutradara - nama Ghazali Sumantri diatas, nama saya dibawah.

Erma Fatimah yang mahu Amie Maziah follow JANGAN HENTIKAN HUJAN ITU. Erma sendiri yang jadi penerbit. Amie lincah orangnya. Tidak tahu letih sewaktu menjalankan tugas. Dia juga mahir dalam kerja-kerja Script Continuity. Jangan berbohong kalau salah konti. Tak menang kalau kita bertengkar dengannya pasal konti. Hari ini Amie sudah menjadi sutradara yang laris di pasaran.

Mungkin kalau dia hidup, dia akan menjadi sutradara jugak. Itulah cita-citanya. Beria-
ia mahu menjadi penolong saya semata-mata ingin belajar pelbagai teknik pengarahan. Namun arwah Firdaus sempat menjadi penolong saya untuk sebuah drama saja iaitu OMBAK ITU.
Semasa hayatnya, kami selalu keluar minum dan bersembang hal-hal perfileman. Mengenali saya, arwah tertarik pada filem-filem atistik.

Idora Rahman satu nama yang talk of the town sebagai penolong pengarah. Rupanya dia adalah
idaman ramai sutradara. Saya tahu selepas bekerja dengannya untuk drama KELAB WAYANG GAMBAR. Ido, nama panggilannya seorang penolong yang dedikasi.Pernah saya memarahinya tapi dia menganggap segala teguran adalah ilmu yang bakal dipikul demi kebaikan masa depan nya. Kami terputus hubungan kerana dia sibuk mendapat tawaran bekerja untuk drama tv dan dokumentari.

Hari ini Saipol Bahrim Othman adalah pengarah yang di demand oleh setiap penerbit. Menjadi penolong pengarah saya - kerja saya menjadi mudah. Semua diserahkan padanya terus beres. Kami bekerja seperti adik abang di lokasi. Banyak jugak masaalah yang sukar saya atasi tapi ditangan Saipol semunya menjadi. BOGANVILLA, SIKSA, MAHAR CINTA MAMA, AIR MATA SURIATI, PERMATA dan beberapa lagi adalah bukti Saipol adalah antara penolong
pengarah saya yang berbakti.

Selepas Saipol menjadi sutradara, Rashid Ahmad (gambar diatas) came into frame. Masa nak buat drama MISI, Maimun Talib memperkenalkan dia pada saya. Rupanya Rashid punya banyak pengalaman sama ada di hvd mahupun freelance dengan banyak syarikat produksi di KL. Sememangnya Rashid bijak dalam mengendali kerja-kerja produksi terutama sebagai
penolong. Dia yang sebelum ini mengarah beberapa buah drama, dokumentari, majallah tv rupanya famous guy among para pelakun. Dia mudah handle pelakun dilokasi. Mudah bekerja dengan Rashid kerana dia ada 'rasa' dan taste seorang sutradara. Pengalamannya membuatkan
dia sudah pergi separuh dunia menawarkan khidmatnya sebagai sutradara.

Ada beberapa nama lagi yang tertinggal. Sukar saya ingat tapi tetap saya hargai sumbangan mereka yang bernama penolong pengarah atau assistant director.

Thursday, April 14, 2011

BAPAK & TUN DATU MUSTAPHA



Tiba-tiba aku ternampak foto arwah Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah yang lalu, Bila aku ternampak gambarnya menggesek biola terus aku teringatkan arwah bapak aku, Ishak. Oh ya....kalau kau orang nak tau, itu gambar bapak aku sedang bermain drum. Sebelahnya yang meniup clarinet itu ialah Ahmad Nawab. Mereka memang kawan lama sejak dari muda lagi. Kami tinggal disatu kawasan yang rata-rata ramai pemuzik dan penyanyi. P. Ramlee juga disini. Ahmad Daud, Ahmad Nesfu, M. Zain dan ramai lagi sehinggalah ketahun enam puluhan dimana L Ramlee pula muncul di zaman pop yeah yeah. Kumpulan boria juga banyak disini.

Aku nak cerita macam mana bapak aku boleh berkawan dengan Tun Mustapha. Tahun 1971, bapak aku telah di tawarkan ke Sabah untuk bermain muzik disana. Masa itu aku ditingkatan tiga. Selama dua tahun dia kerja di tempat benama Aneka Nite Club. Twmpat itu terletak di bandar Kota Kinabalu. Aku percaya kerana setiap bulan bapak akan mengirim wang pada emak menggunakan sampul surat berdaftar cop pejabat pos Kota Kinabalu. Ditambah pula bapak akan menulis serba ringkas catatan dirinya menggunakan letter head nite club itu untuk pengetahun emak dan aku membacanya. Ada kalanya bapak akan kirim juga foto dia bersama rakan2 orang Sabah atau foto dia dan rakan sedang bermain muzik.

Yang menarik kata bapak dalam catatan warkahnya, Tun Mustapha masa itu menjadi Ketua Menteri Sabah kerap turun ke kelab malam itu, selain datang makan malam. Beliau akan membawa biolanya dan bermain beberapa buah lagu. Wow....ini yang menarik. Tak sangka pemimpin negara sepertinya berbakat. Kata bapa, perkenalaan dia dengan Tun membuatkan Tun kerap turun untuk bermain muzik bersama trio orkes bapa aku. Kata bapa juga, Tun suka gesekan lagu2 melayu asli. Lagu yang paling dia minat ialah Sayang Sarawak. Aku terbayangkan betapa seronoknya bapak dapat mengiringi pemuzik yang pastinya seorang tokoh negara. Perkenalan dengan Tun membuat bapak berkawan dengan Syed Kechik bos Yayasan Sabah pula.

Bapak pernah mengikuti rombongan kebudayaan Yayasan Sabah pusing seluruh Malaysia membuat persembahan. Dia beri tugas sebagai pengurus keseluruhan persembahan. Seronok bapak bercerita dalam surat dan poskad yang dia kerap kirim dimana saja dia sampai untuk emak tahun perihal suaminya. Ramai jugak kenalan bapak. Akhirnya sebelum dia meninggalkan Sabah. Banyak foto-foto kenangan dibawanya pulang untuk menjadi album kenangan. Sayangnya album itu menjadi mangsa banjir akhirnya.

Pasti aku tak akan dengar gesekan biola Tun Muatapha mendendangkan lagu Sayang Sarawak. Tapi aku tahu semasa hayatnya, Tun seorang pemuzik yang hebat.

Hari ini, aku kerap turun ke Sabah memberi ceramah-ceramah penulisan skrip dan shooting.
Aku tinjau-tinjau kalau masih ujud yang bernama Aneka Nite Club. Aku rasa sudah tidak ada. Aku cuma pendamkan air mata ku untuk ku ingati aruah bapak yang sanggup berjauhan dengan aku dan emak untuk mencari rezeki. Terima kasih bumi Sabah yang pernah memberi bukan sedikit rezeki kepada keluarga kami. Aku, emak dan bapak.

Aku tercari-cari juga masih adakah Aneka Nite club itu ketika ini. . . . . . kalau aku tidak berjumpanya, terima kasih aku pada tuan punya restoren itu. Hanya tuhan saja yang membalas budi mu terhadap keluarga kami. Amin.....

Wednesday, April 13, 2011

CINTA KITA - Antara potong rambut Sofia Jane, Tae Kwan Do dan Sex Scene


Adegan mula dalam naskah Cinta Kita ialah pertemuan Tifa (sofia jane) dengan boyfriendnya yg sedang main sex bersama wanita lain (aleeza kassim).

Adengan seterusnya ialah Tifa masuk tournament tae kwan do.

Selepas dia frust dan terpengaruh dengan novel Cinta Kita, dia memotong rambut untuk menjadi tomboy.

Kami berdua meluangkan masa untuk berbincang tentang 3 perkara ini. Aku harus hati-hati berbincang serta memberi idea-idea perilaku aksi yang harus dibuat untuk memberi keselesaan pada sofia nanti semasa didalam set. Kami mula berbincang untuk adegan ranjang. Watak Remy, boyfriendnya bukan saja main sex dengan aleeza kassim malah dengan Tifa sendiri. Berlaku dibilik yang sama, diranjang yang sama. Ini akan melibatkan juga sofia dalam adegan sex itu.
Sudah tentu aku, jurukamera dan penolongnya sahaja akan berada didalam bilik itu merakamkan adegan sex itu. Aku memberi penerangan detail bersama lakaran gambaran shot by shot di storyboard pada sofia. Sofia akur.

"sofia bukan sofia jane masa itu. sofia adalah tifa atau latifah.....go ahead"

Aku terkedu tapi bangga dengan pengakuan sofia. Apa pun teknik yg digunakan, watak tifa akan kelihatan bertelanjang apabila dilihat dalam skrin nanti. Sofia juga akur bahawa tidak ada opening shot seperti perilaku foreplay untuk adegan sex yg melibatkan dia. Shot dibuka terus dengan tubuh Tifa ditindih bertalu2 dengan asakan keras oleh si Remy diatas dadanya tanpa pakaian. tidak ada dialog kecuali suara mengerangnya. Sofia setuju. Aku berasa lega seperti tak sabar untuk membuat adegan itu. aku rasa itulah adegan sex pertama filem melayu tanpa menunjukkan sebarang simbolik. Apa pun aku terbayang LPF yg menjadi musuh kami masa itu.

Terima kasih Dato Dr. Sabree Salleh orang kuat WFT yang membantu sofia jane berlatih tae kwan do untuk beberapa hari di dewan UITM. Masa itu pula tournament tae kwan do sedunia akan berlangsung. sofia diberi latihan oleh jurulatih dari Korea. Lega aku. Sofea turun gelanggang setiap kali ada jadual latihan untuknya.

Bab potong rambut ni susah sikit. Sofia punya rambut yg cantik. aku mau adegan memotong rambut dibuat depat kamera yang penuh emosi. aku tak peduli. aku mesti cari jalan agar sofia menurut kehendak aku - mimpi aku. Aku berbual lama dengannya. Aku elak dia memotong rambut pendek di salun, kemudian pakai wig, kemudian potong wig. ya....filem bisa menipu, tapi aku tak mau menipu untuk scene itu. Aku sengaja nak buat original untuk aku kenang scene itu sepanjang hayat aku. jahat nya aku. akhirnya sofia akur.

Antara tiga-tiga scene itu, dua scene mudah saja Sofia tangani. Bila buat scene potong rambut depan kamera, Sofia Jane deman seminggu. Aku tak berani tunjuk muka aku padanya. selepas dia pulih baru aku jumpa dia. Aku pun tak bertanya hal itu untuk memberitahu dia yang aku tetap mahu aksi dia potong rambut depan kamera. Rosyam yang membisik pada aku.

"Ma.......sofia deman seminggu dah.lepas scene potong rambut. Kau ni laaa..........."
Macam lawak tapi serius sebenarnya bila Rosyam memberitahu aku.

Aku diam. Aku tahu konsep seorang film director - you must your subject, then how to get it.

Tuesday, April 12, 2011

CINTA KITA - Aman dan Sijil Berenang

dah seminggu kami tidak menerima khabar berita dari aman tapi kami tahu dia sibuk belajar swimming. masa itu sofiea jane giat turun pejabat membuat skrip terapi. kami berbincang hal-hal watak lebih dalam, adegan potong rambut, adegan sex, adegan tae kwan do dan lain-lain. sofia mudah dibawah bincang. dia juga memberi idea yg baik untuk filem ini. hari kejutuh, aman muncul tersenyum lebar. itu juga hari pertama sofia jane melihat partnernya. aman membawa sekeping sijil renang. semua orang suka hati memberi tahniah padanya. aman lengkap untuk menjadi hero cinta kita, cuma sekarang ini kita berusaha untuk menggilap bakatnya didalam bidang lakonan.

"Man tak pernah berlakon tapi minat..........." katanya sebelum dia ditanya.

"ceritalah sikit.........." usik aku untuk mengetahui rahsianya.

"Man dihatar oleh abah ke america untuk belajar business. man tak minat. man minat muzik. hasrat nak masuk beckelly college
belajar muzik, tapi abah suruh ambil business line........"

wajahnya nampak frust.

"man frust........menangis teruk cita-cita tak sampai."

kemudian dia ketawa. kami pun ketawa tanpa sebab hanya kerana nak
ambil hati dia. tiba-tiba dia memotong ketawa kami.

"sekarang kat malaysia man ada band sendiri. kami main underground muzik"

aku dah boleh bayangkan muzik yg bagaimana iramanya. macam tak percaya wajah selembut dia, main muzik punk dan slash.

"apa yang buat man minat untuk berlakon terutama filem cinta kita?"
pertama kali aku buka mulut sejak soalan pertama aku tadi.

"entah....ada sorang pompuan talipon man. man tak kenal dia. dia pun tak perkenalkan dirinya. dia kata, dalam surat khabar tulis ada filem sedang cari pelakon disisi sofia jane. pegilah audition. aku cabar kau."

"man pun terus datang kesini......"jawab dia tegas.

"so..kenal tak pompuann tu?" jai menjampok.

aman geleng kepala. wajahnya terserlah dia tidak mau tau siapa pun
pompuan itu.

"tapi...dia akan bangga bila tengok man dah jadi pelakon nanti.."
suara aku dalam menegaskan. aman angguk2 kerana dia mula menghormati aku.

bulat mata sofia memandang kearah aman.

"man jenis pantang kena csbar. terus man datang sini, isi borang. harap2 dapat." dia tersengih.

begitulah kehendak permulaan setiap kehidupan. ada saja permulaan cerita seperti adan ya adegan I (act I) ke act II, ke act III.
aku renung mata aman dalam2. inilah dia hero baru yang akan membintangi cinta kita filem pertama aku.

selebihnya hari-hari berikut aman, sofia dan aku serta jai meghadapi sesi latihan demi latihan dan terapi naskah. hari itu pertama kali aman diberi naskah cinta kita yang ditulis dan di arahkan oleh aku.

Monday, April 11, 2011

CINTA KITA - Aman Greseka

salam,
dah lama aku tak sambung tulis mengenai Cinta Kita. Aku sibuk dengan bengkel penulisan skrip di sabah dan terakhir aku kena mengarah telemovie dvd ABOI terbitan syarikat sabah. Hari ini aku nak sambung lagi. Kali ini nak cerita sikit pasal perkenalan dengan aman graseka.

petang itu bila aku sampai pejabat berjaya filem, aku terus nampak borang casting. bila aku belek2 foto dia dan baca sedikit resume yg dia tulis, aku terus suruh jai, assistant aku kol dia, Jai terse-
ngeh kerana dari awal rupanya dia dah dapat hidu yang aku akan memilih lelaki ini. Jai pun kol aman graseka yg dalam borang namanya ditulis aman shah bin baharom shah. jai letak talipon dan berkata aman shah akan sampai lagi setengah jam. aku suruh jai kol dia semula suruh dia bawa teh tarik beberapa bungkus dan goreng pisang untuk kita makan sama-sama. seingat aku ramai juga tenaga produksi lain yang sibuk buat kerja masing-masing. jai talipon semula dan aman bersetuju datang kepejabat membawa buah tangan teh tarik dan goreng pisang. kami semua menunggu dia sementara buat kerja masing-masing.

Selepas setengah jam, aman pun sampai berjaya filem. jai menyambutnya. ramli mad derus art director mencapai bungkusan yg dibawa aman. jai memperkenalkan aman pada aku. aman muka anak muda berwajah baik, tutur katanya lembut.

"tau tak kenapa saya suruh man belanja kami?"

"tak tau.." jawabnya ringkas.

aku pun tak minat nak xplen kenapa aku suruh di belan ja kami.

"banyak org datang nak jadi pelakun utama filem ini. tapi saya ingat nak pilih man.."

aman terpegun sedikit. wajahnya ceria berasa lega mungkin kerana harapan nak berlakon
tercapai juga. aku rasa tidak perlu memberitahu dia kenapa aku pilih dia tapi diakhir pos ini, aku akan beritahu kau orang semua kenapa. yang penting aku dah dapat seseorang yg akan bawa watak utama disamping sofia jane. kami minum bersama dan aku buka ruang kepada kawan-kawan lain berbual mesra dengan aman, kelihatan ramai yg menyukai aman.

"ok...kalau saya nak ambil aman berlakon dalam filem ini ada dua permintaan saya.....?

aman terdiam, suspen denga kata-kata aku itu, dia tak jawab yes or no.

"satu - man ada lesen kereta?

"ada."

"man boleh berenang...?"

"tak..............." cepat dia menjawab dengan jujur. wajahnya pucat.

"so.....tawaran ini tidak boleh diberi pada man...sori. saya akan cari org lain.."

"baik......man akan belajar berenang. petang ini jugak man masuk kelas. kawan man
trainner."

aku angguk-angguk kecil. dalam hati aku merasakan si aman ni betul-betul nak berlakon.

"baik........saya kasi man can belajar. tapi belajar sampai betul-betul boleh dan pandai....."

kami berpisah petang itu. selepas aman menghilang diri aku pun memberitahu beberapa perkara kepada production yang ada ketika itu termasuk rosyam nor sebagai production executive. pertama kenapa aku mahu aman datang dengan membawa teh tarik/goreng pisang untuk kami? sebab aku tidak mahu aman berasa terasing bila berhadapan dengan kami. oleh kerana dia yg belanja, dia akan rasa sedikit tinggi dirinnya berbanding kami. yg lebih penting
aku mau dia merasakan dia belanja kami dan terus akan cepat mesra. ternyata pertemuan pertama kali itu, kami semua ada kemesraan dengannya. kedua - aku memilih dia (atau sesiapa saja ketika) kerana aku mahu the looks of nineties......ketiga - memang aku suka pada orang2 baru dikemukakan dalan naskah aku. keempat - watak arman disisi tifa yg dipegang oleh sofia jane sebenarnya bukanlah watak se utama watak sofia. sofea sebenarnya yang lead cinta kita.
kelima - sebagai watak penulis novel, aku sengaja mahu seseorang yg tidak perlu bercakap b anyak dan dia mestilah orang baru yang tidak fasih sama ada dalam lakonan atau pun masa berdaialog.

kami selepas itu bercakap sesama sendiri apakah aman betul-betul pergi belajar berenang untuk memiliki watak utama disamping sofea jane. aku menalipon sofia memberitahunya aku dah dapat hero. sofia open dan berjanji akan turun buat latihan demi latihan selepas ini.

Wednesday, March 23, 2011

ABOI Telemovie DVD


Marlin memberitahu yang skrip sudah siap sepenuhnya. Dia janji akan pos pada saya untuk semakan dan Rashid penolong pengarah untuk rujukan dan tindakan.

Saya terima skrip dan baca. Sudah tentu ada beberapa kekurangan sana sini tetapi keseluruhannya menarik.
Ada lucu, cinta, dramatik dan aksi.

Saya pun buat beberapa olahan untuk
memantapkan jalan cerita itu. selebihnya saya tunggu untuk berde pan dengan Marlin sendiri untuk dia mengolah semula skrip itu. Saya mahu dia sendiri yg duduk depan komputer dan menulis semula sebagai satu latihan dan pembelajaran. Niat saya mahu train dia
menjadi seorang penulis lakonlayar yang betul2 tahu apa itu penulisan lakonlayar.

Saya bertanya Marlin siapa2 yang akan berlakon dalam telemovie ini. Jawpannya mudah "semua sudah ada bang.........." Saya tidak tahu siapa kecuali beberapa nama seperti Ebi Af5, Marlin sendiri, Alex Raja Lawak, Claro Maideh dan Joberetto James Amboi. Heroin untuk drama ini pun saya tak kenal. Marlin menjanjikan saya yang pasti semua pelakon yg terlibat
nanti adalah yang ok.

Akhirnya pada hari pelancaran telemovei Aboi, muncullah pelakon2 diperkenalkan kepada saya seperti tuan Said yang memegang watak Unggin, tuan Osman watak penguhulu dan beberapa pelakun lagi. Saya masih mencari2 siapa pelakon utama disamping Alex sebagai Aboi. Saya ternampak seorang gadis jelita berkulit putih licin tiba2 berada didalam majlis itu. Dia saya tidak
kelihatan dari awal tadi. Agaknya dialah pelakon utama Aboi fikir saya. Tidak ada siapa yang
perkenalkan saya pada nya ataun dia kepada saya. Saya pun mendiamkan diri saja. Akhirnya betullah dia pelakon utama memegang watak Liah heroin Alex bila namanya di sebut dan dijemput naik kepentas bersama2 pelakon lain untuk diperkenalkan pula pada tetamu kehormat
majlis iaitu YB Dato Masjidi Manjun.

Apa pun melihat barisan para pelakon yang dipilih oleh pihak penerbit, saya yakin yang para pelakon ini semunya memenuhi watak2 yang dimahukan dari naskah Aboi tulisan Marlin Malalain. Sampai masanya, harinya, saatnya kami pun bertemu di lokasi untuk menjadikan naskah Aboi sebuah cerita yang di tonton.

Saturday, March 19, 2011

ABOI Telemovie VCD


Aboi, seorang pemuda kampung yang jujur terpakasa
meninggalkan kampung untuk mencari duit sebanyak
10 ribu ringgit dalam masa 10 hari untuk menebus
tanah sawahnya pernah di gadai oleh aruah bapanya
kepada seorang lintah darat bernama Unggin.

Unggin juga adalah bapa kepada Liah, gadis yang men-
cintainya. Aboi selalu terkenang nasihat arwah ibunya
yang menyuruhnya menjaga tanah pusaka agar tidak terlepas ketangan orang lain khususnya orang luar.

Aboi merantau ke Kota Kinabalu. Dia terpaksa mengha
dapi beberapa halangan hidup dikota. Dia akhirnya ter-
jumpa juga Anton rakan sekampungnya yang juga hidup melarat di bandaraya. Anton cuma seorang pemuzik jalanan (busking musician).

Nasib mereka berubah apabila seorang kepala gangaster dan pemilik beberapa buah
kelab malam bernama Lokas telah menawarkan Anton sebagai penyanyi dan Aboi
sebagai Stand up comedian. Dalam pada itu, Anton dan Aboi terhidu yang Lokas juga menjalankan kegiatan menjual tanah-tanah kepada orang asing. Paling terkini bila
mereka mendapat tahu yang Lokas mahu menjual Pulau Gaya kepada seorang cina Singapura.

Aboim yang mempunyaim semangat cintakan tanah airnya telah dibantu olehc Anton
mematahkan cita-cita Lokas menjual Pula Gaya.

Akhirnya Pulau Gaya terselamat. Unggin telah sedar betapa Aboi ialah seorang wira menyelamatkan sebahagian dari milik Sabah. Unggin menawarkan Aboi menjadi menantunya.

ABOI Telemovie dvd

Entah dah berapa lama industri pembikinan vcd (dulu) berjalan aku tak pernah pun dapat tawaran mengarah vcd. Hari projek vcd telah jadi dvd. Tahun 2011 menjadi sejarah bagi aku kerana Empayar Bayu dan Sam Production telah menawarkan aku mengarah skrip ABOI.
Syukur alhamdulillah. Satu perkara lain pula, aku dah 2 tahun tidak mengarah apa-apa drama
tv jauh sekali filem. Sepanjang period itu, aku cuma membuat bengkel2 skrip sahaja. Di Sabah
aku bertemu Marlin Malalin yang kebetulan menjadi salah seorang peserta bengkel skrip.
Dengan berbekal sedikit ilmu yang aku ajar padanya, dua menulis beberapa naskah skrip drama
yang agak berjaya juga. Paling penting, naskah beliau ditulis untuk menceritakan keresahan
bangsanya. Itu asas yang paling penting aku ajar kepada peserta skrip aku.

ABOI pula tercipta semasa aku, Marlin, Ebi Af5, Joberretto James Amboi dan Schah Kuza sedang makan nasi soup yang terkenal di Kampung Air, Kota Kinabalu. Pada mulanya kami
yang mendapat idea itu kerana mahu membantu publisiti pada Joberretto kerana dia ter-
pilih memasuki Raja Lawak di Astro. Pelbagai idea pun keluar. Semua idea2 itu kamu letakkan
dibahu Marlin selaku penulis skrip. Dikedai makan itu lah kami bersetuju yang skrip ini di
beri judul Aboi. Ebi sangat suka dengan nama ABOI. Sudah tentulah Ebi juga akan turut
berlakun. Pada dasarnya oleh kerana Ebi ini penyanyi dan pemuzik, kami bercadang untuk Ebi memegang watak budak kampung (kawan Aboi) yang mencari rezeki di KK sebagai pemuzik jalanan (busking musician). Marlin pun tidak ketinggalan mahu berlakon. Kami create watak penjahat yang menjual tanah-tanah di Sabah pada orang asing. Marlin memang bijak memain
watak jahat.

Kami semua tuju dengan jalan cerita yang ringkas, komidin untuk dijadikan skrip.

Aku tetap berpesan pada Marlin supaya jangan lupa apabali mencipta watak nanti terutama
watak ABOI pastikan watak itu berlari dengan bendera negaranya.

Wednesday, August 4, 2010

CINTA KITA - Shafiuddin Shariff


Ini kawan aku. Shafiuddin shariff. Seorang penulis skrip. Asal guru disebuah sekolah kawasan Felda di Pahang. Tapi jiwanya memberontak untuk jadi seorang penulis. Masa tu dia kawan rapat dengan Wahid Nasir, penulis skrip rtm (terkenal dengan drama Opah) juga asal seorang cikgu. Orang Kelantan tapi mengajar di sekolah rendah Kepong. Aku pun kenal si Shafiuddin ni melalui Mahadi J Mrat dan Letpee Ahmad. Mereka kawan baik masa tu. Sekarang pun mereka masih berkawan. Oleh kerana kami sama-sama freelance, aku agak rapat dengannya. Masa tu dia bujang. Perkenalan aku membawa puka aku mengenal keluarga seperti adik abangnya. Norhishamuddin adiknya bekerja dalam produksyen. Adiknya Syamsul Kamal seorang akauntan. Mereka ni berasal dari Kuala Pilah. Tau-taulah.....insan berjiwa seni. Dalam keluaga, Shafiuddin dipanggil abang Piu. Mereka pernah ada kugiran adik beradik. Shafiuddin bermain guitar rythm. Rupanya mereka ini berdarah muzikalitet (meminjam perkataan Frank Scheburt, komposer lagu-lagu klasik). Dia seusia aku cuma untuk tahun itu, dia yang tua (sulong/abang long) kerana dia lahir pada 1hb. Januari.

Kenapa aku mesti tulis tentangnya? mudah aja. Dia antara penulis yang tahu projek aku Cinta Kita. Dia penulis skrip yang baca naskah itu dan memberi komen serta menyalurkan idea. Dengan naskah ditangan, kami kerap bertukar pendapat. Dia seperti aku jugak, percaya bahawa screenplay itu ialah cerita bergambar. Jadi tak payahlah dalam skrip watak nak berdialog banyak-banyak. Biar gambar bercerita katanya.

"Mal......kalau skrip kita kaya dengan dialog, kita akan miskin dengan gambar. Kalau skrip kita miskin gambar, pasti kaya dengan dialog-dialog. Dah tentu dialog membazir dan un-economical."
katanya dan aku sambut dengan ketawa terbahak-bahak. Dua buah skrip Shafiuddin yang aku suka ialah ORANG BARU dan KEMARAU. Tapi sayang sutradara gagal mengangkat naskah itu
dengan sewajarnya.

Dia suka skrip Cinta Kita kerana kurang dialog, lebih pada gambar.

Berkawan dengan dia aku sempat mengarah 3 buah skrip hasil tulisannnya. MALAM HIKMAH (terbitan B&E), TUHAN SAYANG PADA MU (Production 11) dan BINTANG CILIK (Seni 2020). Dia banyak menulis skrip drama tv dan di komisyen juga menulis beberapa skrip untuk filem. Selebihnya dia mengolah, menyunting skrip untuk meneruskan hidup. Hanya selepas dia dapat tawaran bekerja dengan Astro, Tayangan Unggul, dia boleh bernafas dan hidup mewah. Syukur kawan aku ni dah senang. Yang menariknya Shafiuddin tak pernah lupa kawan. Kalau dulu main warung, sekarang main coffee house. Pun dia tidak pernah membangga diri.

Hari ini dia seperti yang dulunya jugak. Menulis, menulis dan menulis. Skrip, skrip dan skrip seperti kata Alfred Hitchock, itulah adalah kekuatan sesebuah filem.

Tuesday, August 3, 2010

CINTA KITA - Ariffin C Neor


Inilah orangnya yang membuatkan aku terus yakin untuk menjadi seorang sutradara. Sebulan bersamanya jadi peserta kursus pengarahan anjuran Finas, pelbagai ilmu yang aku dapat darinya. Mas Ariffin mengajar kami tentang pendekatan ilmu saikologi, sosiologi, antropoligi malah pedagogi terhadap sesuatu karya.

Yang hadhir kursus berbayar rm700 itu ialah Mahadi J Murat, Mior Hashim Manap, Anuar Idris, Jins Shamsuddin, arwah Aznif, Normah Nordin, Arief Karmahani dan sorang dua lagi aku tak ingat dah.

Sebelum bertemu beliau, aku lebih kenal Teguh Karya, Wim Umboh, Putu Wijaya, Misbach Misran dan beberapa nama. Namun filem pertama arahannya SUCI SANG PRIMADONA aku tonton, tapi tak ingat atau tak peduli namanya kerana nama pelakun utama Sukarno M. Noor besar ketika itu. Dia bapak kepada pelakon Rano Karno. Aku suka filem Suci Sang Primadona kerana mas Ariffin berjaya membawa aliran teater ke filem.

Kerjaya Ariffin bermula dengan penulisan, puisi dan teater. Dia ni pengikut Sigmund Freud yang memperkenalkan aliran teori saikonalisis. Dia sendiri ada grup teater terkenal bernama Teater Keliling. Satu ketika grup ini datang buat persembahan di Kuala Lumpur dan dapat sambutan hangat kerana persembahan yang fresh. Grup ini pulang ke Indonesia tapi ada sorang pelakon mereka tidak pulang kerana mungkin suka Kuala Lumpur. Akhirnya lama dia disini, dan berkahwin dengan salah sorang pengiat dibidang seni juga. Tak payahlah aku sebuat nama dia. Cute gadis itu. Peranakan mami. Orang Penang - sekapal. Mereka suami isteri yang menjadi kawan aku sampai hari ini.

Ariffin bawa beberapa buah filem arahannya untuk dipertonto. Kami menonton filem besarnya G-30 yang dibiayai oleh Kerajaan Indonesia. Ini cerita tentang pembunuhan 7 orang jenderal yang dihumbankan kedalam lubuk puaka. Cerita benar masa berlakunya krisis antara Malaysia Indonesia. Ariffin pandai bercerita - apa saja yg diceritakannya adalah ilmu dan pengalaman. Samaada seseorang itu faham atau tidak terpulang. Aku tak mis satu hari pun hadhir kursus di Finas. Pernah aku demam, aku suruh Mahadi J Murat ambil aku dan berjanji jangan beritahu sesiapa aku tak sihat. Ariffin juga banyak memperkata tentang skrip yang menjadi asas kepada sesebuah filem. Kami diberitahu tentang pembanggunan sesebuah naskah dari idea, merangka cerita, membina watak, kemahuan watak, konflik, hingglah ke penamat cerita. Ariffin banyak terpengaruh dengan teater. Bersama isterinya Jajang C Neor (gambar atas), mereka berlakon adegan atau mengintepretasi dialog kedalam aksi. Malah mereka juga beraksi dialog-dialog yg kami tulis

Percaya tak..... kami tidak berengang dengan beliau walaupun malam. Kata Arief inilah masanya kami tidak sepatutnya lepas peluang mencuri ilmu yg ada padanya. Ariffin ni pulak rupanya suka makan satay. Jadi kami akan bawa kemana saja untuk dia makan satay. Borak kami tak lepas dari hal filem aja setiap malam kecuali beberapa ketika mungkin dia keletihan atau memberi dia privacy. Akulah jadi orang terakhir yang akan hantar mereka ke hotel di jalan ampang. Sempat lagi kami berbual hal-hal filem dibiliknya. Ada sesuatu yang menghairankan aku, Ariffin tidak tinggal satu bilik dengan isterinya. Jajang menginap dibilik lain sebelah biliknya. Pening jugak aku fikir.

Sebelum aku lupa...rupanya Ariffin suka makan satay kerana dia anak tukang satay di Cerebon, Jawa. Patutlah. Dia nakm cuba rasa sebanyak mungkin satay di Kl ni. Akhirnya dia akur bahawa satay Kajang memang sedap.

Minggu ketiga terakhir kami buat latihan praktikal. Dari skrip pendek yang ditulis, kami kena shoot. Mahadi jadi director, Mior jadi editor, Jins shamsuddin jadi production Manager, yang lain-lain semua ada jawatan masing-masing. Aku pilih jadi crew saja kerana nak relak tak mau bebankan otak fikir yang berat-berat. Sebenarnya masa yang sama, aku lah yang berkesempatan melihat dan memantau kerja-kerja kawan lain dan komen-komen Ariffin. Pandai tak aku...? Kami jemput Shaharuddin Thamby dan sorang pelakon perempuan pegang watak filem pendek kami ini.

Minggu keempat terakhir, Ariffin preview semua karya peserta yang pernah kami buat sama ada filem atau drama televisyen. Anuar Idris, Mior, Mahadi dan lain-lain semua bawa buah tangan mereka. Kami menonton selepas lunch dan menerima komen dari Ariffin hingga ke petang. Semua rakan hairan kenapa Ariffin pilih produk aku terakhir yang dia nak tonton dan komen. Aku lagi hairan hinggalah dia memberitahu "Nanti kita nonton produk Kamal. Kita lihat bagaimana dia membuat sebuah naskah sinitron kayak filem. Kita juga mau tahu berapa bujet produk ini yang sukar didapati dari pembikinan sinetron" Semua tersedar termasuk aku. Baru aku ingat drama yang berjudul CUTI itu aku shoot pakai 16mm dan buat ala ala filem. Hari terakhir drama CUTI pun ditayangkan dan Ariffin pun komen. Apa tak perlu ceritalah apa komen dia - nanti kau orang kata masuk bakul angkat sendiri. Tapi aku boleh cerita the making of CUTI dilain pos kalau kau orang nak tau.

Ariffin pulang meninggalkan seribu kenangan. Kami hadiahkan dia sebuah potret wajahnya.
Hubungan kami tidak putus. Dia kerap talipon rakan-rakan dan aku. Selepas setahun dia datang Kuala Lumpur. Selepas setahun lagi dia bikin filem Taksi yang dibintangi oleh Rano Karno dan Lydia Kandou (eh....Meriam Berlina kot). Cerita simple yang cukup menarik. Filem TAKSI memberi aku idea untuk menulis cerita berjudul LANDASAN seperti mau mencabar ilmu yang pernah dia turunkan pada aku. Banyak juga benda-benda yang dia kasi tahu aku, tidak di kasi tahu pada orang lain.

Selepas 2 tahun lagi, kami dapat tahu dia meninggal dunia. Semuga rohnya dicucuri rahmat Allah. Kami sukar melupakan baktinya terutama aku. Aku tak perlu menangis untuknya. Cukuplah dengan membawa ilmunya untuk aku terus berkarya.

Selepas setahun, aku ketemu jandanya Jajang di Singapore masa aku hadhir Asia Film Week untuk bengkel penulisan skrip (script development). Aku renung matanya dan bertanya.

"Kamu pasti merindui mas Ariffin"

"Ya.....aku merinduinya sungguh-sungguh" balasnya dengan mata yang meredup tapi dia sorang
saja yang tahu kenapa memilih ayat itu untuk membalas pertanyaan aku.

Aku memelok Jajang se erat mungkin. Dia pun.

"Aku merinduinya juga......" pelokan kami aku lepaskan.

Aku tak akan lupa Ariffin yang berkali pesan pada aku.

"Seni itu bermula apabila teknik tidak menjadi masaalah"

Terima kasih mas. Tuhan saja yang membalas kebaikkan mu. Aku terus berkarya dengan slogan itu.









Monday, July 26, 2010

CINTA KITA - Bapak Kamal


Kali ni nak rihat sikit dari menulis dan dari bercerita pasal CINTA KITA. Aku dah janji kan nak bagi tau kau orang semua macam mana dan dari mana boleh dapat nama Bapak Kamal atau kekadang rakan-rakan orang filem panggil aku Bapak saja.

Sebelum tu aku mau kau orang semua tengok foto yang hujung kat atas tu. Dalam foto ada aku ditengah, Badaruddin Hj Azmi jurukamera terkenal disebelah kiri dan Mohd Saufi seorang Gaffer disebelah kanan. Ikut hati aku nak pakai gambar lain yang ada muka Ramli Md Darus, Mail Naka (Emel), Puek, Halim Sabir, Shahriman, Indra Che Muda, Rasul Salim dan Din Letrik. Puas aku cari gambar foto kami beramai-ramai tak jumpa. Mereka ni kawan rapat aku dalam industri zaman itu, malah sampai hari ni pun kami rapat walaupun masing-masing dah ada haluan sendiri serta berkahwin. Dulu kami kerap berkumpul di pejabat production house kepunyaan abang Zainal Othman - Camelite Sdn Bhd., di Taman Permata. Kami semua freelance. Apa-apa job yang Zainal Othman dapat, kami di utamakan. Di Camelite, grup kami pernah buat drama tv berjudul CUTI dan TENGKUJUH yang di shoot dengan 16mm untuk abang Zainal ini. Skrip aku tulis dan mengarah. Hubungan kami begitu akrab. Setiap hari kami bercakap soal filem aja bagaimana untuk mendaya maju kerjaya kami. Badar orangnya gigih dan rajin. Yang lain bersemangat merasakan masa depan kerjaya perfileman cerah. Kami dah lama berada dalam bidang ini sebelum video masuk pasaran. Kami menggunakan arri 35mm dan aton 16mm dan lain-lain.

Oleh kerana aku sedikit berusia dari yang lain dan director pulak tu, mereka anggap aku sebagai ketua tapi unofficial. Aku pun tak mau la dikatakan atau merasa aku ketua. Biar sama serupa.
Tapi apa-apa hal pun mereka akan cari aku dulu atau memberi keutamaan pada aku. Aku suka pada mereka semua. Ingat kami semua freelance. Kais pagi makan pagi.

Nak jadikan cerita. finas ada buat bengkel pengarahan selama sebulan yang dikendalikan oleh sutradara terkenal Indonesia Ariffin C. Neor (gambar diatas. kini telah allahyarham). Aku rasa mau ikut bengkel itu walaupun bayaran nya mahal ketika itu (tak perlu bagi tau). Aku beri tahu rakan-rakan biar aku sorang saja yang masuk bengkel. Tak ngapa, petang nanti mereka semua tunggu aku di gerai mee kuah kaki lima kedai ikan di Taman Permata (tempat kami lepak setiap petang). Apa saja yang aku dapat dari bapak Ariffin ini akan aku cerita pada mereka. Ringkasnya segala ilmu kami harus berkongsi sama. Aku mau apa yang aku tahu diketahui juga oleh mereka.

Menariknya setiap hari bersama bapak Ariffin membuat aku terikut-ikut loghat percakapan telo Indonesianya. Parah!!!! Setiap kali aki bercerita, aku akan bercakap loghat Indon. Apa lagi kalau
aku meniru gaya atau mengejek cara Bapak Ariffin beraksi. Ah....mereka guna kelemahan ini
untuk mempersenda dan perli aku. Bila aku kontrol cakap, mereka pula yang bercakap loghat Indonesia. Keadaan jadi gamat lebih-lebih lagi Halim Sabir suka buat lucu dan menyakat. Kenal Halim Sabir? satu nama besar sebagai pelakun komedi tahun 80han. Pernah membintangi filem BALIK KAMPUNG arahan Zainal Othman. Dia seangkatan dengan Liza Abdullah, Ebby Saiful, Razizm Ismail dan lain-lain. Masa bersama kami dia kurang berlakon tapi bekerja sebagai production manager (pm). Rasul Salim juga suka menyakat aku. Yang lain ikut berseloroh. Mereka mula memanggil aku 'Bapak Kamal' atau 'Bapak'. Hal ini tersebar juga pada rakan-rakan lain ditempat lain. Aku pasrah kerana sedar antara kami hubungan sangat mesra. Kemesraan kami diluar kami bawa juga hingga ke lokasi kerja agar kami tidak bersengketa pada hal-hal yang kecil hingga ke hal-hal yang besar.

Begitulah ceritanya setiap petang berjumpa mereka sekembali dari Finas mengikuti kelas pengarahan Bapak Ariffin C. Neor ini. Setiap hari aku menimba ilmu dan berkongsim pula ilmu dengan rakan -rakan ini. Inilah sekolah filem kami di Taman Permata, gerai mee kuah kaki lima kedai ikan.

Bila hari masuk senja, kami bersurai tapi bukan berpisah kosong. Masing-masing siap dengan ilmu didada untuk mengharungi masa depan. Aku - esoknya akan ke Finas lagi mengadap Bapak Ariffin yang sudah aku angkat sebagai idola aku. Banyak yang aku pelajari darinya. Nanti aku akan cerita pula tentang dia di lain pos. Selepas sebulan Bapak Ariffin disini, pastinya dia akan pulang ke Cirebon. Aku yang tinggal disini harus meneruskan hidup. Rakan-rakan akan memanggil aku 'Bapak Kamal' bermakna besar tanggung jawab aku sebagai bapak demi memartabatkan karya.

Hemmmmmm. . . . . . .




Friday, July 23, 2010

CINTA KITA - Casting




Sebelum kami keluar daerah kuala Lumpur untuk tujuan reccee location, Rosyam mahukan kerja mencari pelakon selain Sofea Jane dicari. Ini termasuklah watak Arman lelaki hero disamping watak Latifah@Tifa@Dino. Borang kasting dikeluarkan. Rosyam menyebarkan berita ini dalam akhbar tempatan. Lalu datang berduyun lelaki perempuan ke pejabat Berjaya. Jailani, Hisham dan Ghani ditugaskan membuat kasting. Yang datang ramai tapi pelakun yang nak dicari tak ramai kerana Cinta Kita ditulis dengan watak yang sedikit walaupun supporting actors kecuali watak extras yang memang banyak dipakai nanti.

Dalam pada itu, muncul juga pelakon yang dikenali datang untuk mencuba nasib menjadi hero. Yang heran, mereka datang tapi tak jumpa aku. Mereka terus masuk bilik Panshah dan borak-borak. Padahal mereka bakal bekerja dengan aku? Mereka datang dan pergi. Semua aku reject. Satu pun tak ada dalam mimpi aku.

"Macam mana satu yang hang nak hero Cinta Kita ni Mal?"

tanya Rosyam kerana dah masu seminggu, hero belum dapat-dapat lagi.

"Susah-susah aku jadi hero lah......." katanya lagi. Aku ketawa berdekah. Aku pandang lama wajah Rosyam yang dah macam adik aku.

"Kau tak boleh berenang..." ringkas aku jawab. Rosyam tersengeh. Aku bukan tak mau Rosyam tapi ada sesuatu yang aku mau dari orang yang pegang watak Arman ini, Aku tetap berahsia dan aku mau Royam mengepalai produksi ini kerana dia sememangnya bagus dan berpengalaman.
Watak-watak lain sudah sedia ada. Mereka datang kepejabat dan diberi taklimat bermacam- macam perkara. Jai melatih mereka dialog dan pergerakan asas.

Satu hari aku datang lewat. Petang. Lintas saja meja Rosyam, dia menegur. "Mal kau tengok
gambar ni?" seraya memberi borang kasting. Aku ambil dan tatap gambar berukuran 4" X 9" itu.

"Sham....ini dia orang yang aku cari. Dia budak mana?"

"Bangsar. Pagi tadi dia mai letak borang dengan foto. Dia kata ada kawan suruh dia mencuba"

"Hang kol dia suruh dia mai lani juga" aku loghat Pulau Pinang bila aku yakin sesuatu.

"Hang gila la......" Itu ayat yang Rosyam selalu guna kalau dia melawak dengan aku tapi dia tau
jerat aku sudah mengena. Lelaki ini akan diambil oleh Kamal Ishak dalam Cinta Kita.

"Baik aku kol dia sekarang" Rosyam lalu mencapai telefon Motorola potongan tongkang yang baling kepala anjing boleh pengsan dan dial nombor Aman Shah bin Raja Baharom. Aku masuk bilik production dan jerit pada Jai inilah orangnya seperti dalam gambar itu.

"Dah agak dah sejak dia mai letak borang dan foto dia pagi tadi" jawab Jai tersengeh.

Aku garuk kepala. Tinggi juga makrifat assistant aku ni. Dia boleh baca mimpi aku.

CINTA KITA - Production Crews



Tak banyak yang boleh aku perkatakan kerana department ini dijaga oleh Rosyam selaku
Production Executive. Selepas Jailani Ghani dilantik jadi penolong pengarah aku, dialah yang bertanggung jawab menjadi jurucakap aku kepada sesiapa saja yang bekerja dibelakang tabir. Itu tugas utama seorang penolong pengarah menjadi jurucakap sutradara. Pengarah tidak perlu bercakap dengan orang lain kerana dia akan menumpukan kerja-kerja yang lebih penting sebagai seorang sutradara. Jailani ni banyak ikut aku jadi assistant drama tv. Asalnya beliau orang teater. Pernah bekerja dengan Mior Hashim Manap di Ogy Production. Aku ingat lagi, selepas dia buat dubbing drama 'Cuti' yang aku shoot dengan Badar pakai 16mm, dia offer dirinya nak ikut jadi assistant. Itulah ceritanya. Jai pandai buat shooting schedule. Apa saja masallah pelakun terutama keluar masuk artis dalam set, mudah ditanggani oleh Jai. Aku sendiri pernah turunkan ilmu dan tips yg baik bagaimana membuat shooting schedule yang baik, tepat dan terarah.

Dengan Rosyam, dia mula merangka mencari kru yang lain. Sudah tentulah yang di utamakan ialah seorang jurukamera merangkap dop (director of photography). Dalam banyak-banyak jurukamera yang aku kenal dan pernah bekerja, aku pilih Jamal Maarif. Kenapa? Aku jawab pada Rosyam yang aku mahu seseorang yang mempunyai sama pemikiran dalam memilih lense (lensa kamera). Aku cukup memberi perhatian terhadap kepentingan lensa dalam memilih angle (sudut) dan shot. Shot saja tidak effectif kalau tidak dipadankan dengan angle yang betul-betul menepati kehendak watak begitu juga dialog. Study dialog watak, mood dan kehendak baru cipta shot untuknya. Namun semua ini harus di adun dengan pemilihan lense yang tepat. Ini rahsia kerja aku. Aku mahu bila shot-shot aku di edit (sunting) nanti, ia menjadi kemas tidak berjalan macam orang cacat (maaf pada orang cacat. sebagai contoh saja). Jamal setuju dan seronok dapat tawaran bekerja dengan aku. Kami pun sememangnya kawan lama. Kru yang lain dibawah Jamal dipilih oleh Jamal sendiri kemudianya.

Puas juga mencari Art Director masa tu yang tak ramai terutama dalam filem. Props Man ramai.
Apabila Ramli Md Darus datang mahu buat props, aku terus tawar dia jadi art director.
Terkejut dia. Aku kenal Ramli bukan baru. Dia ni suka buat effect, memang terkenal buat bom dan kesan-kesan tembakan. Ramli memang suka buat kerja-kerja yang orang lain tak sanggup buat. Dalam Cinta Kita, aku nak Ramli explore ideanya lebih luas lagi. Ramli pula melantik beberapa orang dibawahnya sebagai props man dan juru tukang.

Ramai kru yang aku tak ingat nama mereka kerana ramai. Rosyam sendiri ada 3 pembantu produksi iaitu Nurhisham Md Isa, Lobai Gomok dan Ghani Martopo. Rosli atau panggilan mesra nya Janggut bertindak jadi chief props man. Dia banyak ikut Z. Lokman tetapi selepas ikut aku buat drama Korban dia terus ikut. Dia seorang yang rajin. Kru lain ialah juru solek, pemandu lori, tukang buat air, gadis konti, runner dan banyak lagi.

Akhirnya kami semua dihimpunkan di pejabat Berjaya. Aku ceritakan mimpi-mimpi aku untuk jadikan naskah Cinta Kita ini realiti. Mereka semua faham dan tak sabar memulakan kerja.

Tuesday, July 13, 2010

CINTA KITA - Bertemu Sofea Jane



Bertemu dengan Sofea Jane lima hari selepas perbincangan pre-pro dengan Rosyam Nor menjanjikan sesuatu yang menarik. Rupanya Sofea sangat suka skrip itu. Setelah penat lelah dia dibebankan dengan watak Zaleha dalam filem U-Wei, dia merasakan ini adalah filem yang di sukai, menarik temanya, ploting yang menjurus dan cerita ringan anak-anak muda. Itu katanya sebaik saja dia melangkah masuk ke pejabat Berjaya Filem di Jalan Brickfield. Petang itu Sofea kelihatan simple tanpa make up tetapi anak kacukan mat salleh ini tetap cantik. Aku renung wajahnya dalam-dalam. Sejenak aku berfikir apakah betul cerita yang aku tulis ini cerita ringan?

Aku tanya Sofia kali kedua. "Kenapa u terima watak ini?" sedikit tegas.

"Very simple la bapak..." jawabnya pantas membahasakan diri aku dengan panggilan bapak.
Ah sudah. Ini tentu Rosyam punya hal. Saing-siang lagi dia sudah ceritakan latar belakang aku
pada Sofea. Apa pun nanti aku ceritakan dilain pos kenapa sesetengah warga filem memanggil aku bapak.

"Jalan cerita ini simple, tak macam watak Zaleha. So Sofea terima job ini pertama kerana bayaran, kedua kerana cerita ini ringan membuatkan Sofea rasa bekerja sambil taking a holiday"

Aku tak pernah aspect jawapannya begitu. Cinta Kita bukan filem mudah buat aku. Tidak pernah aku tulis cerita ringan selama ini. Cek semula skrip aku sama ada Cuti, Tengkujuh, Setitis Rindu Buat Wardah (adaptasi novelet), Landasan, Korban, Terasing, Jangan Hentikan Hujan Itu, Ombak Itu dan terakhir Pak Gad - semuanya cerita berat. Aku tidak ada masa untuk main main dengan khalayak Melayu yang bernama penonton. Melayu terlalu alpa tentang hidup. Seronok suka ketawa dan dan menggoda. Dalam karya aku - aku tak akan biarkan mereka hanyut kerana aku sayang bangsa aku.

O....baru aku sedar. Mungkin di Malaysia sudah menjadi satu trend pemikiran bahawa kalau filem itu ada sangkut paut dengan 'Cinta' bermakna filem itu ringan. Filem anak muda. Filem komersial selayaknya dipanggil.

Aku pasang niat. Nanti la Sofea, hari pertama shooting pada adegan pertama aku akan pastikan Sofea tidak akan merasakan yang Cinta Kita bukan filem ringan.

Seterusnya kami berbual mengenai watak Latifah yang akan dihidupkan oleh Sofea Jane kemudian menjadi Dino seorang tomboy. Sofea bijak orangnya. Cepat memahami mimpi-mimpi aku menjurus kearah katartis cerita.

Apabila aku mengatakan yang Latifah akan potong rambutnya depan kamera, Sofea sedikit goyang.

"Pakai rambut palsu la bapak....?" wajahnya berubah.

"Ingat, good actor always gives a total surrender to a director" aku cuba mematikan persoalannya. Sofea diam angguk-angguk kecil. Aku beritahu Sofea yang seluruh gambaran cerita ini sudah ada didalam kepala aku. Lama sudah aku simpan. 1995 adalah tahun aku merealisasikan mimpi aku. Cuma aku tidak bayangkan siapakah aktor yang bertuah yang akan
membawa watak Latifah/Dino itu. Rupanya Sofea Jane, aktress yang pernah berlakun bermula dengan filem Mira Edora, Kekasih Awal Dan Akhir, Harry Boy, Perempuan, Isteri dan Jalang, Suratan Kasih, Jimi Asmara dan beberapa lagi.

Namun Sofea Jane yang sedang berada didepan mata aku ni telah memberi aku semangat dalaman bahawa aku kena buat filem ini sebaik mungkin tanpa menoleh belakang lagi. Keyakinan aku berkobar kerana adanya Sofea Jane. Kehebatannya akan menampal seluruh keupayaan aku sebagai sutradara. Pengalaman aku pula akan menyusuk kedalam jiwa Latifah dan Dino. Aku tidak nampak lagi wajah Sofea kecuali gerak mimik Latifah dan Dino di sanubari nya.

Aku juga beritahu Sofea akan ada beberapa adegan ranjang dalam filem ini. Sofea ketawa.

"Do it bapak. Its ok with me." katanya penuh yakin. Aku sendiri yakin kerana dia menjawab dalam bahasa Inggeris. Kalau dalam bahasa Melayu mungkin tidak walaupun adegan yang bakal dibuat itu siang-siang lagi aku sudah tahu akan menjadi mangsa LPF.

"Dont you worry bapak. Buat dulu. Tapi i want to ask you one thing..? Siapa yang pegang watak Arman Ishak?

Aku bagi tahu Sofea, pastinya orang baru. The new look. The look of 90's.























Monday, July 12, 2010

CINTA KITA - Aku, Panshah dan Rosyam Nor



Dalam bilik pejabat Panshah sepi. Yang boleh didengar ialah suara Ramasamy atau panggilan Uncle Sam akauntan Berjaya yang sedang berbual dengan Rajan, kerani yang dah lama kerja disitu. Panshah membelek helai demi helai muka surat skrip itu. Dia fasih membaca bahasa Melayu. Pertuturannya juga lancar kalau dia berbahasa Melayu. Dia berasal dari Kluang, Johor. Panshah tidak berkata sepatah haram pun. Begitulah style nya kalau sedang membaca. Rosyam juga begitu. Khusyuk dia menumpukan bacaan walaupun sesekali nampak riak senyumnya. Aku tau Rosyam boleh baca isi hati aku
tatkala menulis cerita itu. Kepala aku ni blues juga. Rosyam pun sama. Rosyam tak berani nak tanya apa-apa kerana didepannya ada boss dia yang kalau dia bercakap dengan Panshah dia memanggil dengan nama 'sir'. Kalau nak tau, Rosyam begitu hormat pada Panshah sejak bekerja di syarikat itu dan Panshah sendiri sayang pada dia dan isteri Rosyam bernama Runi. Aku tengok Panshah angguk-angguk kepala. Saspen jugak aku dibuatnya tapi kata hati aku - mereka berdua sedang suka skrip aku ini.

"Cinta Kita the title ha...?" Pansahah memecah kesunyian.

"Kenapa tak letak judul lain Mal...?" Rosyam mencelah.

Aku angkat kening sebelah kanan hingga mata sebelah kiri mengecil. Aku tiru style Roger Moore, hero James Bond yang akana buat begitu kalau dia dalam keadaan skeptikal. Aku tengok Roger Moore hero British ini masa dia berlakun siri The Saint sebagai perisik Simon Temple di tv1 zaman aku sekolah rendah. Masa aku bekerja dengan Jalaludin Hassan (tak ingat drama apa), aku latih Jalal suruh dia angkat keningnya sebelah untuk menguatkan bahasa tubuhnya berbicara dengan opponent characters. Jalal berjaya melakukannya. Rupanya Jalal juga peminat The Sait masa sekolah dulu.

"Kita kerap bercerita tentang cinta orang lain. Kali ini biar kita bercerita pula tentang cinta kita sendiri. Yang aku maksudkan kita itu ialah watak yang aku tulis dalam naskah itu. Rosyam tarik nafas. Aku tak pernah tidak ada jawapan kalau ditanya apa-apa soalan pun.

Panshah selesai baca skrip dan angguk.

"I like it. Cuma ending nanti kita bincang kemudian. Rasa ada idea yang menarik yang saya akan
bagi tau. I just got the idea, tapi kalau you suka la Kamal.." Panshah berkata dengan hati yang terbuka. Panshah ni bukan saja penerbit tapi dia juga pernah mengarah filem Tamil pertama di Malaysia dan beberapa drama tv Tamil. Idea dia harus diambil kira jugak.

"Ok...." balas aku. Rosyam tutup skrip walaupun belum selesai baca sepenuhnya tapi bila aku jeling skrip ditangannya itu rasanya dia sudah membaca permulaan act three (pengakhiran). Sudah tentu dia sudah dapat gambaran yang jelas selepas melalui pengalaman membaca act one (eksposisi) dan act two (pertengahan). Selebihnya Panshah mengeluarkan pendapat dan pengalamannya untuk memperbaiki perjalanan projek ini. Panshah menyentuh soal bujet yang aku rasa selesa untuk bekerja. Terima kasih Panshah mendorong aku yang akan bergelar pengarah filem, film director atau sutradara. Waduh besar tu tanggung jawab aku. Siapa nak kasi wang untuk aku menjadi sutradara. Bapak aku tak dapat memberi wang sebanyak itu untuk aku berkarya. Dari saat itu aku berjanji pada diri aku, pada Tuhan akan melakukan sebaik mungkin kerana aku diberi kepercayaan dan tanggung jawab membuat sebuah filem.

Aku dan Rosyam keluar dari bilik Panshah. Rajan memberi isyarat tanda bagus. Uncle Ramasamy melintasi kami kemudian hilang masuk kebilik Panshah. Kata Rosyam, Panshah akan
berbual mengenai bujet dengan akauntannya ini.

"Petang nanti aku kol Sofea suruh ambil skrip...." kata Rosyam sambil tunjuk telefon bimbitnya jenis Motorola yang berbentuk tongkang, besar. Kalau baling kearah kepala anjing, pasti anjing itu pengsan. "Nanti kalau kau ada, sembang-sembanglah pasal the whole production terutama tentang watak dia. Dia kena potong rambut kan...?"

Aku angguk seperti berani dan bersedia bertemu pelakun yang bernama Sofea Jane.

"Sofea dah ada nama Mal. Dia baru baru saja famous dengan U-wei."

Aku angkat kening seperti pantang dicabar. Baik-baik aku merendah diri, aku jadi angin.
Kali ini aku angkat kening bukan lagi seperti Roger Moore tapi seperti Sean connery, hero pertama filem James Bond, Goldfinger.

"Alahhh kau ingat kau terror sangatlah tu..." Rajan disebelah senyum kerana tahu Rosyam suka sanagt guna ayat itu untuk mengasak lawan. Sebenarnya itu cara Rosyam bergurau, berkelakar dengan aku.

"Selagi aku tak kata 'action' semua watak kaku seperti tak ada nyawa. Selepas aku kata 'cut' mereka akan kaku semula. Itu kelebihan seorang sutradara." Balas aku tegas menggunakan ayat dan makna yang lebih filmic.

"Aku tak heran sikit pun kat Sofea Jane..." Loghat Penang aku pekat kali ini.

Seterusnya kami berdua duduk berbincang production design filem ini. Rosyam yang banyak pengalaman memahami mimpi-mimpi aku. Dia menyalurkan idea dan saranan yang baik untuk menjadikan Cinta Kita dari naskah bertulis ke layar perak.

Saturday, July 10, 2010

CINTA KITA - Seniman Besi


Aku guna mesin taip semasa mengetip baris-baris penceritaan dan dialog skrip Cinta Kita.

Walaupun masa tu kawan-kawan dah pakai komputer, aku tidak. Aku masih percaya mesin ini akan memandu aku menulis cerita yang baik. Setiap ketukan seperti bercakap-cakap dengan aku. Aku dapat merasakan marah, sedih, pilu, ketawa sang watak melalui bunyi ketukan besi type font ke atas kertas. Yang paling menarik font pada mesin taip sejak dari dulu lagi memakai font jenis 'american typewriter'. Sungguh klasik bentuk font itu. Sampai hari ini penulis lakonlayar di Hollywoood kalau menaip wa-imma guna computer - mereka tetap memilih font american typewriter. Mungkin kerana font tersebut dapat memberi gambaran, style dan format sebuah naskah screenplay.

Terima kasih mesin taip. Terima kasih emak yang suruh aku belajar menaip sejak aku di sekolah rendah lagi. Pada aku, mesin taip telah banyak berjasa. Aku akan tetap kenang peranan kau dalam membantu aku berkarya. Kau adalah Seniman Besi.

Friday, July 9, 2010

CINTA KITA - Screenplay Is Picture Telling Story

Aku baca skrip Cinta Kita entah berapa kali dah tak ingat. Aku baca dengan suara yg kuat tapi boleh didengar dalam sekitaran ruang tamu hingga kedapur rumah kami saja. Emak tegor suruh aku baca perlahan. Aku baca arahan cerita dan dialog watak. Kejap aku jadi watak Sofea Jane kalau aku baca part Dino. Kejap aku jadi Aman Shah (nama Aman Graseka masa tu) kalau aku baca part Arman. Emak sudah masak dengan gila aku.

Setiap kali aku ulang baca, ada saja idea baru yang datang. Ada saja konflik, plot, gerak dan perasaan aku tukar ganti. Yang peliknya, bukan aku membaca perasaan watak-watak, tapi Dino dan Aman juga membaca watak dan perasaan aku. Kami berbual, bertukar fikiran hingga terjadi perubahan demi perubahan pada story telling Cinta Kita. Aku tak kisah. Aku dah dapat merasakan yg watak-watak ciptaan aku hidup diatas kertas A4. Tak lama mereka akan hidup pula dilayar perak. Ini lah roh kalau nak tau. Cerita ini sudah berjiwa. Watak akan bergerak hidup apabila ada pelakun yang memainkan peranan mereka. Itulah kelebihan 'wayang gambar'.

Perana dialog juga menarik. Deraf pertama agak banyak juga aku tulis dialog. Tapi setiap kali aku baca dialog ada saja dialog-dialog yang aku sunting dan delete. Emak aku perasan rupanya.
Dia asyik dengar aku membaca dalam bentuk cerita dan sedikit sangat kedengaran dialog.

"Ai. . . . mana pi dialog semua? dulu banyak. Hang cakap, aku cakap. Lani tak dengar dah?"

"Mak..lakonlayar tu maknanya cerita bergambar. Kita sampaikan cerita melalui gambar demi gambar. Shot demi shot. Dalam filem ada fade in fade out, ada cut, ada dissolve, ada high angle shot, ada low angle shot.....semuanya memberi peranan untuk bercerita..." aku terang pada emak tanpa aku peduli sama ada emak faham atau tidak. Ternyata emak aku tak sampai kesitu pemikirannya. Tak ngapa...asalkan skrip ini tercapai cita-cita school of taught aku. Filem mesti bercerita dengan gambar bukan dialog macam skrip drama radio. Namun peranan dialog bukan calang-calang dalam sesebuah filem (aku lebih suka sebut perkataan 'pernceritaan'). Nanti aku cerita pasal dialog dilain pos pulak.

"Nanti filem hang senyap...tak ada cakap-cakap... Orang kata filem bisu." emak seperti tak yakin dengan aku. Mencabar aku.

"Gambar yang Atan cipta nanti akan bercakap dengan sendiri. Akan berinteraksi dengan penonton. Gambar akan meluahkan perasaan wata-watak." balas aku sedikit tegas. Tapi pertanyaan emak tadi membuat aku harus berjaga-jaga setiap shot, picture, visual dan image yang aku cipta harus aku fikir semasak-masaknya sebelum aku buat keputusan memilih angle, lensa dan saiz shot sebelum menjerit 'action'.

Dengan skrip deraf pertama ditangan, aku mula mengetip kembali naskah itu menjadi deraf kedua. Seingat aku naskah Cinta Kita setakat tiga kali deraf saja untuk menjadi final script.

Akhirnya aku tahu skrip ditangan aku ini adalah sebuah naskah yang ceritanya bergambar atau picture telling story.

Friday, July 2, 2010

CINTA KITA - Lakonlayar


Aku beritahu emak yang aku akan berada disini (rumah kami
di Penang) paling lama tujuh hari. Emak sudah dapat menjangka yang aku akan menaip skrip ini dalam masa tiga hari saja. Dia tau
aku menaip pantas. Tak sia-sia dia menyuruh aku belajar menaip
dulu. Dia mahu aku bekerja sebagai kerani kerana kerani tak ada kerja lain kecuali menaip. Rupa-rupanya aku menaip lain; lakonlayar.

"Skrip ni tajuk ape Atan........?" tanya emak aku yang memanggil nama timang-timangan aku Atan. Maklomlah aku anak sorang mereka. Abang aku mati lepas beberapa hari lahir di dunia. emak dan ba sempat beri nama dia Yaakob mengambil sempena nama Nabi Yaakob sebab nama bapak aku Ishak. Tapi kenapa emak namakan aku Kamal. Kata emak perkataan Kamal tu salah satu sifat insan yang dituntut baiknya. Sifat Jalal. Sifat Kamilmukamil: sifat kesempurnaan . Apa pun diberi nama aku Kamal bin Ishak yang sudah dijanjikan Allah. Sihat sakit, kaya miskin, hidup mati semuanya sudah dijanjikan Allah.

"Atan bubuh tajuk filem ini Cinta Kita la mak...." jawab aku.
Emak akulah yang jadi insan pertama yang aku bagi tahu tajuk filem ini. Niat aku tercapai akhirnya kerana aku mahu dia jadi orang pertama tahu judul filem ini.

Kerja menaip pun bermula. Dari adegan satu, ke adegan dua dan seterusnya. Aku pastikan
cerita aku bergerak atas landasan three act play. Ini adalah asas untuk mengawal penceritaan. The art of telling story. Cerita mesti ada permulaan (act 1), pertengahan (act 2) dan pengakhiran (act 3). Aku juga mengawal penceritaan aku melalui helaian muka surat. 10 muka surat pertama ialah untuk memaparkan cerita dan konflik tema. Jangan terlalu banyak memperkenalkan konflik watak utama. Perkenalkan juga latar dan ilmu alam cerita. Perkenalkan antoganis yang menghalang cita-cita watak untuk mencapai goal nya. Ingat character must have goal. Saat watak mahu mencapai goal itu, sudah tentu dia akan bertembong dengan halangan-halangan tertentu.

Dalam penulisan skrip, masa yang dikira ialah one page is for one munites. Satu muka surat ialah untuk satu minit. Jadi kalau 120 muka surat bermakna durasi filem kita 120 minit iaitu 2 jam masa perjalanan filem. Ini adalah standard durasi taysangan untuk sesebuah filem ditayangkan. Jadi kita hendaklah mahir menyusun cerita pada muka surat (pages) untuk setiap babak. Babak ialah 'act' manakala adegan 'scene' akan berada didalam babak. Saat aku menaip skrip, aku akan pastikan scene by scene berada dalam situasi babak yang tepat dan dikawal oleh helaian kertas yang akhirnya menjadi muka surat demi muka surat. Contohnya apabila aku melihat helaian muka surat 45; aku bertanya apa cerita berkembang atau tidak. Apakah plot menampakkan progressive atau masih still. Kemana arah tujun cerita selepas ini. Sudahkah watak melepasi plot point 1 dengan jayanya. Bagaimana keadaan plot point 2 yang lebih rumit bakal terjadi hingga mencapai klimaks sebelum cerita tamat.

Aku menaip dengan laju tanpa ada halangan kerana aku telah melepasi prosess pemikiran sebelum ini. Aku sudah mengenali watak dan kemahuan serta halangannya. Aku sudah kenal latar cerita, konflik dan krisis. Aku sudah nampak jelas mid point scene. Aku sudah masak dengan dialog-dialog yang bakal watak-watak perbualkan. Maka kerja menaip skrip berjalan dengan lancar. Ada kawan datang melawat aku bila mereka tau aku ada di Penang. Aku layan mereka tanpa sedikit pun kerja-kerja menaip aku menjadi halangan. Malah semasa melayan mereka, banyak idea-idea baru masuk bertukar ganti.

Pagi di tempat aku amat riuh. Di Kepala Simpang Jalan Perak, aku cari nasi kandar. Sedap yang dijual oleh Ariff anak mamak kawan sekolah aku. The best nasi kandar. Dulu masa aku di sekolah rendah, bapaknya yang berniaga. Sekarang turun pada anak dia pula. Cuma harga berbeza. Zaman bapaknya sebungkus nasi kandar boleh dibeli dengan harga 10 sen ke 20 sen. Kalau 50 sen tu, kira makan puas sampai tengahari. Aku kerap beli harga 10 sen sebungkus untuk makan pagi sebelum berjalan kesekolah Menengah Abdullah Munshi. Lepas makan, aku ronda-ronda ke rope walk tempat menjual barang-barang lama antik. Banyak ilham akan kedapatan meronda disitu membelek-belek barang lama. Aku suka mencari buku-buku lama terutama sejarah tanah air dan asia. Piring hitam lama pun ada dijual. Barang curi pun ada dijual. Pendek kata kalau kita kecurian barang dan pergi merayau-rayau ke rope walk, kita akan dapati barang kita sudah dijual disitu.

Akhirnya lakonlayar siap 118 muka surat. Selepas aku mengetip huruf t a m a t aku berasa lega menarik nafas panjang. Syukur alhamdulillah atas nikmat yang dia beri terutama kesihatan yang baik sepanjang kerja-kerja menaip lakonlayar Cinta Kita.

"Jaga baik-baik watak-watak yang hang cipta tu Atan. Depa pun manusia juga." pesan emak.

Aku terharu sampai kesitu emak dapat menyelami harga kemanusiaan.

"Jangan jatuhkan maruah depa. Depa orang Melayu. Hang buat filem Melayu. Tanggung
jawab hang berat pada orang Melayu"

Ah....parah. Siang-siang lagi emak dah berpesan sambil mencabar masa depan kerja aku sebagai sutradara filem. Ini filem pertama aku. Siang-siang lagi mak buat aku goyah untuk berada didalam industri ini. Rupanya dalam diam emak memang suka aku jadi film director macam P. Ramlee. Mentang-mentanglah rumah P.Ramlee belakang rumah kami tapi seberang sungai. Masa muda emak aku pun kenal P. Ramlee sebab bapak aku kawannya.

"Mak...Atan tak mau jadi P. Ramlee. Orang mana pun tak boleh jadi P. Ramlee kecuali depa dok berangan saja. Biar P. Ramlee sorang saja dalam dunia ni. Rasanya tak ada orang yang boleh jadi P. Ramlee. Trofi P. Ramlee banyaklah orang dapat."

"Hang ni cakap suka merepet..."

Dengan skrip draf pertama ditangan aku, aku terbayang wajah Sofea Jane.