

Kenapa aku mesti tulis tentangnya? mudah aja. Dia antara penulis yang tahu projek aku Cinta Kita. Dia penulis skrip yang baca naskah itu dan memberi komen serta menyalurkan idea. Dengan naskah ditangan, kami kerap bertukar pendapat. Dia seperti aku jugak, percaya bahawa screenplay itu ialah cerita bergambar. Jadi tak payahlah dalam skrip watak nak berdialog banyak-banyak. Biar gambar bercerita katanya.
"Mal......kalau skrip kita kaya dengan dialog, kita akan miskin dengan gambar. Kalau skrip kita miskin gambar, pasti kaya dengan dialog-dialog. Dah tentu dialog membazir dan un-economical."
katanya dan aku sambut dengan ketawa terbahak-bahak. Dua buah skrip Shafiuddin yang aku suka ialah ORANG BARU dan KEMARAU. Tapi sayang sutradara gagal mengangkat naskah itu
dengan sewajarnya.
Dia suka skrip Cinta Kita kerana kurang dialog, lebih pada gambar.
Berkawan dengan dia aku sempat mengarah 3 buah skrip hasil tulisannnya. MALAM HIKMAH (terbitan B&E), TUHAN SAYANG PADA MU (Production 11) dan BINTANG CILIK (Seni 2020). Dia banyak menulis skrip drama tv dan di komisyen juga menulis beberapa skrip untuk filem. Selebihnya dia mengolah, menyunting skrip untuk meneruskan hidup. Hanya selepas dia dapat tawaran bekerja dengan Astro, Tayangan Unggul, dia boleh bernafas dan hidup mewah. Syukur kawan aku ni dah senang. Yang menariknya Shafiuddin tak pernah lupa kawan. Kalau dulu main warung, sekarang main coffee house. Pun dia tidak pernah membangga diri.
Hari ini dia seperti yang dulunya jugak. Menulis, menulis dan menulis. Skrip, skrip dan skrip seperti kata Alfred Hitchock, itulah adalah kekuatan sesebuah filem.
Terima kasih. Selama saya menjadi editor skrip saya banyak menemui nasykah yang hebat-hebat malangnya industri filem tempatan masih lagi dikawal oleh nafsu-nafsi penerbit yang hanya mahu membikin dan menjual hasil-fikir dan buah tangan mereka lalu nasykah yang hebat itu dipinggirkan dan menjadi debu yang ditiup angin. Akhirnya daya fikir dan daya estetik penonton tidak berkembang.
ReplyDelete