Tiba-tiba teringat nak tulis satu perkara untuk kita kongsi bersama pengalaman aku menghadapi satu masaalah yang akhir fb aku terpaksa di remove oleh si anu. Dia kenalan aku 25 tahun lalu. Ketika itu usia dia jauh lebih muda. Dia bahasakan aku 'abang' setiap kali dia bercakap dengan aku. Setelah 20 tahun, kami berjumpa kembali. Tak sangka dia dah jadi Pengarah dan Penerbit. Kami kerap bertemu dan berbual hal-hal tidak lain selain dari industri filem sahaja. Aku adalah idola dia,katanya. Banyak perkara yang dia rujuk pada aku. Sebagai abang dan orang lama dalam bidang ini tentu saja aku melayan apa saja pertanyaan, persoalan atau permasaalahan industri yang berlaku.
Banyaklah perkara yang kami bualkan hinggakan ke projek-projeknya yang bakal dibuat dimasa akan datang.
Semua filem yang akan dia terbit dan arahkan, semuanya di beritahu pada aku dan kami akan berkongsi pendapat. Aku suka tengok orang baru yang lebih muda gigih membuat filem. Usia ku yang tua ini tak bermimpi lagi untuk mengarah filem. Buktiknya sejak akhir-akhirnya tiada siapa yang datang menawar aku mengarah filem mereka. Aku tak kisah kerana rezeki ada dimana-mana. Kesibukan aku membut bengkel demi bengkel membuat aku lupa tentang film directing.
Satu hari kawan pengarah ini telah menyuruh aku terima seorang budak perempuan muda untuk belajar lakonan dari aku. "abang...tolong jadikan dia pelakun terkenal seperti Sofia Jane" tulisnya dalam ruangan chatting. Seminit dua kemudian dia pos sekeping foto seorang perempuan yang tidak memakai baju dan bertattoo. Aduh masak . . . . "siapa budak ni sebenarnya" tanya aku secara jujur. Aku tak boleh terima begini gaya nya kalau nak jadi seorang pelakun. Aku mula tidak percaya ini bakal pelakun yang septutnya mewarnai skrin tanah air. Kalau pun nak belajar berlakun bukan lah cara ini mengintroduce kan dirinya pada aku yang bakal mengajarnya. "alah..abang janganlah banyak soal, terima aja dia. berapa abang nak saya bayar. saya sanggup" Aku dah mula terbayang yang pelik-pelik terutama hubungan perempuan ini dengan rakan sutradara ini. Lama aku berfikir. "Boleh tak boleh abang?" Kemudian dia menalipon aku. Suara cukup menyakin untuk meyakinkan aku bahawa akulah yang bernama Kamal Ishak yang mampu melatih budak perempuan ini menjadi someone kelak. Aku memberi beberapa alasan untuk menolak tawaran mengajar lakunan dan menasihati dia agar pergi mencari pelatih lain. Aku tidak secucok cara penampilan dia at the first step lagi. Kalau dalam dramaturgy dipanggil adegan pemaparan yang tidak menarik untuk sebuah cerita, kecuali lah cerita blue filem. "Tidak. Cari orang lain latih dia. Bukan saya" Keputusan aku muktamad. Kawan ini agak kecewa kerana aku menolak permintaannya. Dia letak talipon. Aku fokus pada wall fb. Nama kawan aku ini sudah tiada di kotak chatting. Aku surf fb nya. Tak masuk. Aku tahu bahawa fb aku sudah di blok. Syukur alhamdulillah, aku tak terjebak dengan gejala tak sihat ini. Sebelum terjadi aa-apa yang tak elok, Tuhan lebih awal mengelakkan aku dari terlibat dengan aktiviti yang tak bersih ini. Hairan kan...seorang yang nak jadi pelakon siang-siang lagi sudah hilang arah. Kalau dia tak berlakon pun, sudah tentu dibadannya ber tattoo. Itu hak dia. Hak aku tetap menjaga bahawa industri ini tidaklah semiskin maruah seperti sangkaan masyarakat. Hubungan aku dan rakan ini terputus. Kalau aku jumpa dia, aku nak minta maaf dan mengharap hubungan boleh diteruskan. Sudah beberapa tahun tak jumpa atau berseliseh pun. Agaknya Tuhan tak mahu aku berkawan dengannya. Aku serah pada Tuhan. Sampai saat ini tak pulak aku dengar atau tengok filem dia. Apa jadi padanya aku tak tahu. Apakah dia dah memilih bidang lain wallahhuallam . . . . . . . . . . . . .
(oh ya foto ini hanya hiasan saja, bukan foto tubuh budak perempuan tu)